Perbincangan antara pihak YB Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan pihak Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson & Puan Sarimah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam untuk menambah baik infrastruktur sekolah-sekolah yang memerlukan di dalam kawasan Parlimen Port Dickson.
Setiausaha Politik kepada YB DS Anwar Ibrahim, Sdr. Farhan Fauzi juga sempat menyampaikan sumbangan kepada Pejabat Pendidikan Daerah yang diwakili Encik Hasnam Rahman, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah.