JALAN PEMUAFAKATAN DALAM PH ADALAH YANG TERBAIK



Zamzuri Ardani

Nak tumbangkan BN makan masa 60 tahun. Ramai yang terkorban dan berkorban.  Bila dah berjaya bentuk kerajaan baharu, jagalah elok-elok. Jangan bergaduh dan berebut kuasa sesama sendiri.  Tumpu buat kerja untuk rakyat. Kurangkan retorik dan kebencian sesama rakyat.  

Dalam politik, saya tidak pernah percaya seratus peratus dengan mana-mana individu pemimpin politik. Saya hanya percaya kepada permuafakatan, kerjasama, dan agenda pembaharuan politik negara.

Perjuangan yang terlalu memuja individu tokoh bukan untuk saya. Perjuangan untuk kepentingan kelompok tertentu sahaja juga bukan untuk saya. Perjuangan mendorong kepada kebencian dan keganasan bukan untuk saya. Pejuangan membela kecurangan dan korupsi bukan untuk saya.

Saya juga percaya politik adalah urusan ijtihadi yang memerlukan keanjalan, dinamik, dan bersifat progresif.  Politik yang tulus adalah politik yang telus, inklusif, dan berintegriti.

Itulah wajah politik yang saya dokong ... dan saya masih percaya pilihan terbaik untuk rakyat dan negara sekarang ialah permuafakatan di dalam Pakatan Harapan.

Sejak dari awal penubuhannya lagi, fungsi Amanah adalah menjadi elemen yang membantu dan mendokong permuafakatan di dalam PH. Ianya akan terus begitu insyaAllah.

Mendokong permuafakan hanya boleh dilakukan dengan kepala dingin, bicara yang 'well calculated', tidak terburu-buru, dan jangan sekali-kali khianati kepercayaan rakan-rakan seperjuangan.

No comments: