Pakatan Nasional muslihat pembangkng ‘goncang’ PH?
Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap usaha membentuk kerajaan Pakatan Nasional (PN) adalah muslihat pembangkang menggoncang kestabilan kerajaan sedia ada dan bukannya usaha serius membentuk kerajaan baharu.
Belaiu yang juga presiden PKR berkata, PN langsung tidak pernah dibangkitkan dalam pertemuan peribadi dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, dalam mesyuarat PH, serta beberapa pertemuan lain.
“Setakat ini tidak ada asas untuk melayani tohmahan sedemikian. Secara peribadi, saya tidak pernah dengar tidak kiralah dalam mesyuarat PH, termasuk dengan pemimpin PPBM lain, langsung tidak pernah dengar.
“Itu hanyalah propaganda untuk menyakinkan rakyat, tetapi tidak ada pimpinan PH yang memperakui perkara ini,” katanya dipetik.
Anwar sebaliknya mencabar pembenagkang memenangi majoriti kerusi di Parlimen dalam pilihan raya umum seterusnya jika mahu membentuk kerajaan.
“Menanglah pilihan raya dulu, kalau pilihan raya pada 2018 memang ditonjolkan calon perdana menteri adalah Mahathir dan calon perdana menteri seterusnya adalah Anwar.
“Mandatnya memang begitu, maka tidak boleh ‘hijack’ kerana itulah diterangkan pada rakyat. Ini apabila sudah kalah teruk, baru hendak cuba runding,” katanya.
Anwar seterusnya menerangkan soal peralihan kuasa memang ada dibincangkan bersama Mahathir dan menolak dakwaan pemimpin selain PKR tidak serius mengenainya.
“Dari segi perbincangan, dari segi dasar PH, transisi peralihan kuasa memang ada dibincangkan. Jadi tidak benar pemimpik PH hanya menikus dan tidak berani,” katanya lagi.