DRAMA BERTERUSAN DI DALAM BERSATU?KISAH DIBELAKANG TABIR.



Kisah dibelakang tabir.

Sepanjang seminggu ini rakyat Malaysia disajikan dengan drama kelompok elit politik yang berterusan. Pagi sabtu akhirnya kelihatan drama ini akan berakhir dengan PH bersama Tun Mahathir akan mengekalkan kuasa. 

Sementara itu team Azmin Ali dan Muafakat Nasional gagal dalam percubaan kudeta mereka. Kelompok pengkhianat yang berterusan flip flop, bermula dengan menyatakan ingin mengekalkan Tun kemudiannya mengeluarkan kenyataan ingin membubarkan parlimen dan akhirnya memilih untuk mencalonkan TSMY sebagai PM mereka.

Mereka seolah yakin mereka mempunyai bilangan yang cukup. Sehinggalah gabungan kumpulan pengkhianat, perompak dan penunggang agama ini di checkmate oleh PH dan Tun.

Terbaru calon mereka, TSMY gagal bertemu YDPA kerana beliau bukan ketua Parti Bersatu. Dalam kenyataan YDPA pada petang Jumaat, jelas menyatakan YDPA hanya menjemput ketua parti politik untuk bertemu Baginda.

Kekalutan dalam situasi ini, TSMY mengeluarkan kenyataan Tun bukan lagi Pengerusi parti kerana telah meletakkan jawatan. Kenyataan demi kenyataan berbalas antara Setiausaha Agung Bersatu dan TSMY.

Ternyatalah kumpulan pengkhianat ini telah menemui jalan buntu dan dalam keadaan terdesak untuk terus berada didalam permainan perebutan kuasa yang menjijikan ini.