Dari Minda Najah Asri (Anak Perempuan Arwah Datuk Asri Muda bekas MB Kelantan/ YDP PAS Pusat)




Minda kita dibasuh dan dihidangkan dengan;
DAP = KOMUNIS
DAP = MUSUH ISLAM

Bagaimana pula dengan MCA?
Oh.. MCA okay.. tidak memusuhi Islam..

Kenapa MCA okay?
Sebab.. MCA adalah kawan UMNO.
Duduk dalam satu pakatan Barisan Nasional.

Sekarang mari kita lihat dari sudut politik kaum cina 

Dulu, ramai cina duduk diam-diam sahaja.
Bagi mereka, wang adalah raja. 
Tapi tak sama makna 'CASH IS KING' Najib tu.
Politik, mereka serahkan kpd MCA sbg wakil kaum cina.

Kemudian, lahir DAP.
DAP ditubuhkan pada bulan oktober 1965.. 16 tahun selepas wujudnya MCA.
Ketika itu sudah mula ramai aktivis cina memperjuangkan hak2 mereka.
Tambah2 bila dengar berita Singapura keluar daripada Malaysia di bulan ogos, tahun yang sama.

MCA? Mana mereka? Tidak berjuang utk rakyat cina ke?
MCA kan kawan UMNO. 
Haah.. kawan yang sama2 dapat bahagian - satu untuk aku, satu untuk kau!
Sama2 dapat lesen utk merompak.
Tapi dalam diam la..

Dalam pada bergegar pemimpin UMNO kutuk cina, kaum cina @ MCA rilek jer..
Sekolah cina ada. Sekolah cina kerajaan ada. Sekolah cina swata ada. 
Makin besar. Makin bertambah. 
Tak cukup cikgu? Kerajaan hantar.
Tak cukup belanja? Kerajaan bagi.
Kaum cina tak pandai cakap melayu.. ada kerajaan BN bising?
Kaum cina buat syarat nak ambil pekerja di syarikat mereka.. 'mesti pandai berbahasa Mandarin', ada kerajaan BN ambil pusing?
Ada pemberita berani tulis?

DAP pun tak bising. Buat apa nak bising sb untungnya untuk kaum depa juga.

Tapi semakin hari, perangai rasuah dan menindas pemimpin MCA semakin buruk.
Sama buruknya dengan UMNO.

Seperti yg saya sebutkan awal tadi, bagi cina wang adalah raja.
Majoriti drp mereka berniaga. Mereka tak begitu berminat hendak ambil tahu pasal politik. Mereka lebih suka berniaga.
Cukup tahun, mereka bayar cukai.
Pemimpin melayu nak rompak wang rakyat melayu, rompak lah.

Tetapi..
Bila ekonomi negara semakin teruk.. rompakan bukan hanya melibatkan wang melayu tetapi juga melibatkan wang semua rakyat.. duit pembayar cukai.. mata mereka yang sepet, mula terbuka luas.
Mereka juga melihat kaum mereka sama buruknya dengan perangai orang melayu.

Maka, kaum cina beralih menyokong DAP.
MCA sudah tidak laku.
DAP semakin kuat dan bersatu.
Mereka dibantu oleh kaum mereka, baik secara terang2an mahupun secara sembunyi (sebab masih memerlukan tender kerajaan BN)

Maka.. tanya diri kita yang bijak.. siapa yang menyebabkan DAP kuat?
Siapa yang melindungi dan membuatkan kumpulan ngo cina menjadi begitu kuat dan lantang bersuara selama ini?

Bukankah kerajaan BN yang UMNO sebagai PM dan majoriti menteri dulunya?
Bila mereka kalah, mereka mula menjerit dan laungkan:
MELAYU TERANCAM!
DAP KOMUNIS MAHU MEMERINTAH MELAYU!

Kaum cina yang melayu benci sangat tu, adalah rakyat Malaysia.
Suka atau tidak, mereka ada hak sebagai warganegara. Sama macam orang melayu.
Sama-sama dapat satu keping kertas undi untuk parlimen dan dewan undangan negeri, bila tiba hari mengundi.

Cuma kelebihan melayu, kita ada hak-hak istimewa.
Contohnya dalam pendidikan dan milikan tanah. Itu pun tanah reserve melayu dah makin susut.. banyak dijual kepada cina. Siapa yang jual tanah reserve  melayu ni? Cina atau melayu?

Mentera MELAYU TERANCAM ini lah membuat ramai jiwa melayu kacau sekarang.
Mentera yang dizikirkan (dari bahasa arab yg bermaksud ingat dan sebut) oleh UMNO dan rakan baiknya PAS, di setiap ceramah. Baik dalam ceramah agama mahupun ceramah politik.

Dahulu, cina pilih MCA
Sekarang, cina pilih DAP.

Dahulu, DAP adalah musuh UMNO.
Sekarang, DAP juga musuh PAS.

UMNO dan PAS berjaya 'brain washed' sebilangan besar melayu.

Tapi cuba kita fikir.. kalaulah gabungan PERIKATAN NASIONAL ini menjadi kerajaan,
1) Adakah menteri drp kaum cina TIDAK akan dilantik? 
MCA, sahabat baik UMNO ini sudah pasti tidak akan dilupakan.
2) Adakah budak cina jahat Jho Low akan dibawa balik?
Mungkin.. tetapi balik bukan sebagai penjenayah.

Ini baru cerita pasal politik kaum cina.
Politik melayu lagi la dahsyat. 
Bersimpang siur.
Dah jadi mcm cerita Keluarga 69 Tan Sri P. Ramlee.