KHIDMAT SOSIAL ANDA KEPADA MASYARAKAT...



Kepada pembaca yang budiman, khidmat sosial anda kepada masyarakat.

TANGISAN HIBA 8 ANAK YATIM PIATU
IRINGI JENAZAH BAPA



"Nak buat macam mana Ustaz. Dah nasib cucu-cucu saya untuk jadi anak yatim piatu. Tahun lepas mak depa meninggal. Hari ini ayahnya pula."

Demikian rintih Puan Saodah ujian yang menimpa cucu-cucunya seramai 8 orang yang kehilangan bapa mereka pagi tadi.



Puan Saodah salah seorang anggota rombongan umrah Juara Travel bersama saya November lalu.

Tahun lalu anaknya Zalifah Abd Wahab, 36 tahun meninggal dunia sebaik melahirkan anak ke 8 secara pembedahan.

Hari ini menantunya pula menghembuskan nafas terakhir selepas terlantar koma selama 9 hari di Hospital Seremban kerana disyaki menghidap penyakit kencing tikus.

Kematian Amran Isa, 38 tahun sekaligus menjadikan anak-anaknya yang berusia antara setahun hingga 17 tahun sebagai yatim piatu.

Ketika tiba di rumah nenek mereka di Felda Tementi, Bera, Pahang hati saya sangat hiba melihat 8 beradik itu sedang mengerumuni jenazah  sang ayah sambil kesemuanya menangis.

Tiada siapa tahu bagaimana nasib anak-anak ini kelak. Namun Allah pasti tidak akan persiakan mereka.

Kakak sulung yang sedang menunggu keputusan SPM kelihatan lebih matang mententeramkan adik-adik.

Dialah pengganti ibu dan ayah yang akan mencurahkan kasih kepada adik-adiknya terutama si bungsu berusia setahun yang belum mengerti apa-apa.

Sementara itu, En Abd Ghani dari Jengka 17 yang baru dua tahun berkongsi hidup dengan isterinya, Puan Saodah berkata, beliau berhasrat untuk memelihara anak-anak itu, terutamanya dua orang yang masih terlalu kecil.

Namun tidak mahu menolak hasrat keluarga dan adik beradik si mati di Seremban yang juga berhajat memelihara kesemua anak yatim berkenaan.

Bagi pihaknya beliau akan memberi sokongan dan bantuan sekadar yang mampu.

1560 5734 1288 Noorhamisha Abdul Wahab...

Catatan;
Aris Hazlan Ismail
Felda Tementi, Bera.
24 Januari 2020.

019-9602045