HANIF PUN PERLU TARIK DIRI DARI JADI PEGUAM YUSOF RAWTHER



Bila sebut peguam Hanif ni, semua tahu dia peguam yg sering mewakili Tun M.  Dia pun tahu, peralihan kuasa di antara Tun M dan Anwar bukan lama lagi dah, beberapa bulan saja lagi.  

Bila dia mewakili Yusof Rawther di dalam kes mamat ni menuduh Anwar mencabulnya di rumah Anwar, ramai yg pelik begitu laju dia bersedia untuk jadi peguam mamat ni.  Tapi takpelah, dia guna alasan dia peguam profesional, dia berhak mewakili sesiapa saja yang dia suka.  Bertuah mamat sekor ni, bukan mudah mahu guna khidmat peguam yg pernah mewakili Tun M.  Berhati mulia si Hanif ni.

Tapi, mengapa pula Hanif minta peguam negara tarik diri dalam menentukan samada terdapat kes atau tidak terhadap Anwar?  Atas alasan kononnya peguam negara di suatu ketika pernah menulis bahawa Anwar di dalam kes2 sebelum ini memang tidak bersalah dan ianya merupakan fitnah dan konspirasi.  Maksud Hanif, kalau dulu peguam negara menulis seakan menyebelahi Anwar, mana mungkin Yusof Rawther dapat keadilan untuk kes kali ini?  Dia cuba beri gambaran seolah2 Anwar pasti terlepas.  

Jika itulah hujahnya yg berdasarkan persepsinya terhadap peguam negara, saya cadangkan agar Hanif juga patut tarik diri dari menjadi peguam kepada Yusof.  Saya serta ramai lagi di luar sana pun punyai persepsi terhadap Hanif.  Hanif adalah peguam yang berkhidmat dgn Tun M iaitu PM sekarang.  Anwar pula adalah bakal PM selepas Tun M.  Peralihan kuasa tidak beberapa lama lagi dan Tun M kelihatan tidak bersedia untuk serah jawatan kepada Anwar di dalam tempuh dua tahun yang akan berakhir Mei 2020 ini.  Persepsinya adalah, pastikan Anwar dikenakan pendakwaan mahkamah bagi melambat-lambatkan proses peralihan kuasa kepada Anwar.  

Oleh kerana kaitan Hanif dengan Tun M itu rapat, dan peralihan kuasa di antara Tun M dengan Anwar itu masih kabur tarikhnya dan menjadi isu kontroversi akibat sikap Tun M yang berubah-ubah janjinya, maka persepsi yang tidak boleh dielak adalah Hanif mewakili Yusof ada kaitan dengan usaha menggagalkan peralihan kuasa dengan segera.  Oleh itu, maka wajar Hanif tarik diri dari mewakili Yusof Rawther? 

WFAUZDIN NS