ASRAF WAJIDI KELENTONG APA PULAK...



MIQDAD ZAKARIA.



Tular oleh Asyraf Wajdi beliau akan bergegas ke Saudi menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Liqa Dunia Islam sehingga dia terpaksa meninggalkan rakan pemuda BN dalam kempen PRK Kimanis.

Hasil semakan dibuat dengan pihak Ar-Rabitah Al-Alami Al-Islami didapati tiada ahli majlis bernama Asyarf Wajdi bin Dasuki.

Apa keperluan dan niat dia ke sana itu diluar pengetahuan kita, hanya Allah yang Mengetahui, tapi jika niat untuk berbohong, agak-agaklah dalam dunia maklumat tanpa sempadan ini.

Untuk rekod, Rabitah Islami ni satu bentuk badan sukarela ditubuh Kerajaan Saudi sejak tahun 1962 untuk tujuan kebajikan di seluruh dunia Islam.

Ada beberapa organisasi bernaung bawahnya antara lain : 

1. The Islamic Fiqh Council (Majlis Fiqh Islam)

2. The World Supreme Council for Mosques (Majlis Tertinggi Pengurusan Masjid)

3. International Organization for Relief, Welfare & Development (Organisasi Bantuan, Kebajikan dan Pembangunan Antarabangsa)

Manakala Majlis Tertinggi pula dilantik secara sukarela, tiada elaun atau gaji secara tetap.

Setiausaha Agong Rabitah Islami sekarang ialah Dr. Mohammad Aleesa.