Dulu orang-orang Cina dalam MCA ni kata kenapa orang Melayu tak boleh tengok salib, takkan tengok salib boleh tergugat iman?
Hari ini mereka pulak rasa tergugat iman bila belajar tulisan khat (jawi) takut jadi Islam.
Yap Ah Loy pun ada tulisan JAWI pada cop dia sejak zaman dahulu kala.
Yap Ah Loy ni sudah masuk Islam kah?
Hong Leong Takaful ada tulisan jawi, kumpulan Hong Leong ni semua sudah masuk Islamkah?
Tuan-tuan, Melayu Memang Mudah Lupa.
Ramai tok bilal dan Imam pakat lupa yang MCA lah yang melakar “monyet beserban di atas pokok dengan RUU”.
MCA lah yang berikrar menentang syariah Islam (ya, Syariah Islam, bukan takat RUU355 je) jika ingin dilaksanakan di Malaysia.
Bahkan, MCA lah yang paling depan menentang penulisan Jawi di Malaysia.
Kelakarnya, DAP yang ditakuti Melayu Islam sokong penulisan Jawi dan teruk dikritik MCA kerana sudah tidak “Cina” lagi.
Mungkin MCA lupa, DAP itu parti pelbagai kaum. Bukan parti untuk sesuatu kaum atau agama.
Kelakar nombor dua adalah tok-tok Lebai dan Melayu yang memperjuangkan Islam bersama MCA. Habis bungkam lidah, kelu apabila MCA melalui Dong Zhong berjuang bermati-matian melawan tulisan Jawi.
Habis dilupakan kisah silam dilunyai oleh MCA dalam isu hudud dan RUU355.
Sedarlah Umat Islam, siapa yang sebenarnya memperjuangkan Islam dan siapa yang memperdagangkan Islam.
Ingatlah ketika Saidina Ali karamallah berperang dengan Khawarij, bukannya Saidini Ali yang menjunjung Quran.
Khawarijlah yang menjunjung Quran dan meluangkan slogan “Tiada hukum selain hukum Allah”.
Ya, slogannya baik. Tapi niat dan perlaksanaannya tidak baik.