HENTIKAN GUTTER POLITIK ATAU LETAK JAWATAN PENGERUSI PERDA



1. Umum mengetahui bahawa perlantikan jawatan Pengerusi PERDA Dato Mohamed Hanif Khatri Abdula  adalah lantikan YAB Menteri KPLB Rina Harun setelah dipersetujui oleh PM Tun Mahathir.

2. Sebagai seorang profesional tentulah beliau faham akan tugasan dan tanggungjawab selaku Pengerusi PERDA adalah terutamanya mengembalikan imej dan kredibiliti PERDA yang terpalit dengan pelbagai isu dan skandal di zaman UMNO/BN dahulu.

3. Malangnya , hala tuju PERDA makin tenggelam dalam arus perubahan semasa terutama isu kemahiran, ekonomi , pendidikan serta perumahan kaum Melayu  Pulau Pinang.

4. Kegagalan tersebut tidak lain adalah kerana beliau lebih banyak memberi tumpuan terhadap  kerjaya guamannya serta terlibat di dalam mainan politik tempatan.

5. Beliau nampaknya lebih rela menggunakan kepakarannya guamannya untuk menjadi alat perkakas pimpinan tertentu.

6. Amatlah mendukacitakan bahawa beliau sengaja melibatkan diri di dalam mainan politik kotor terhadap tokoh Reformasi DSAI dengan tanpa segan dan silu mewakili Yusoff Rawther.

7. Walhal beliau sebenarnya boleh memilih untuk tidak berbuat demikian dan penafian beliau adalah satu justifikasi bersifat defensive.

8. Amatlah menghairankan apa lagi yang dikejarkan oleh beliau padahal jawatan Pengerusi PERDA itu adalah amat besar sekali maknanya untuk Kaum Melayu Pulau Pinang.

9. Adakah beliau ingin jawatan yang lebih besar dari pimpinannya?

10. Penglibatan beliau di dalam kes tersebut kini telah memberi tanggapan buruk masyarakat terhadap Tun Mahathir atau apakah ini sebenarnya yang dirancangkan iaitu menjatuhkan nama dan reputasi DSAI.

11. Oleh yang demikian Pro98 Reformis Pulau Pinang menuntut amalan gutter politik ini dihentikan segera dan adalah lebih baik tumpuan terhadap PERDA diutamakan.

Sekian. Terima kasih 
12 Disember 2019 

Amir Haji Ghazali
Setiausaha Pro98 Reformis Pulau Pinang