Kenyataan Media
Rabu, 23 Oktober 2019
AZMIN ALI JANGAN JADI PENGKHIANAT DAN BATU API
Merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden PKR hari ini yang bertajuk ‘Kerajaan Pintu Belakang, Biar Tun Dr Mahathir Kekal PM Hingga Selesai Penggal' adalah satu kenyataan yang menunjukkan bahawa beliau sedang dalam usaha untuk melobi dirinya dan menggagalkan peralihan kuasa antara Tun Mahathir dan Dato Seri Anwar Ibrahim serta kenyataan beliau juga untuk memecahbelahkan hubungan antara kedua-dua pemimpin tersebut.
Dalam kenyataan beliau juga, beliau ada menyatakan bahawa ‘mereka yang berhasrat untuk mengambil-alih sebelum berakhirnya penggal kerajaan sekarang harus dirujuk sebagai kerajaan pintu belakang' adalah satu kenyataan yang agak biadap dan adakah beliau lupa bahawa beliau juga pernah menggunakan 'pintu belakang' semasa jawatan Menteri Besar Selangor dikosongkan pada tahun 2014.
Pada pandangan saya, kenyataan beliau pada hari ini telah membuatkan rakyat yg mengundi Pakatan Harapan marah terutamanya ahli parti sendiri kerana seorang pemimpin berjawatan Timbalan presiden sedang dalam usaha untuk menjatuhkan Presiden parti sendiri. Sepatutnya beliau harus menyokong sepenuhnya untuk mengangkat Presiden PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-8 seperti mana perjanjian yang telah dipersetujui oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan pada tahun lalu.
Dalam kenyataan beliau juga ada menyatakan bahawa 'Mana ada kita mengadakan pilihan raya untuk memilih kerajaan setiap dua tahun atau satu tahun? Jadi saya harap mereka yang terobsesi dengan kuasa akan menghormati mandat rakyat dalam pilihan raya umum yang memutuskan kerajaan selama lima tahun. Dari itu, dua atau tiga tahun atau satu tahun, itulah kerajaan pintu belakang. Kenyataan ini juga menunjukkan seperti beliau tidak faham perjanjian mengenai peralihan kuasa yg telah dibincangkan atau beliau sengaja buat-buat tidak faham apa yg telah dipersetujui oleh keempat-empat parti kompenan dalam Pakatan Harapan.
Beliau tidak perlu menjadi 'Batu Api' dalam isu peralihan kuasa. Seharusnya beliau perlu memberi tumpuan sepenuhnya sebagai Menteri Ekonomi dan beliau sewajibnya menggesa pihak berkuasa agar menyelesaikan dengan segera siasatan terhadap isu video yang telah menggegarkan negara beberapa bulan lalu yang dikatakan mirip beliau, jika itu merupakan satu fitnah terhadapnya bagi mengembalikan nama baik beliau sendiri.
Di sini saya ingin bertanya kepada beliau, adakah beliau sudah hilang kepercayaan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat?
Jika beliau sudah hilang kepercayaan kepada Presiden parti, adalah lebih baik beliau meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden parti dan berundur secara baik. Saya yakin semua ahli parti juga mahu satu jawapan yang jelas daripada beliau dan semua ahli parti bersedia menerima jika beliau berundur diri dari Parti Keadilan Rakyat kerana masih ramai yang lebih layak menggantikan tempat beliau. Namun jika beliau masih sayangkan PKR, beliau seharusnya menghormati Presiden dan pimpinan-pimpinan parti serta ahli-ahli akar umbi di bawah.
Jangan jadi 'Duri dalam daging'.
Mohd Syauqi Bin Md Sahimi
Ketua Penerangan
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Kedah