Kenapa tinggalkan Pas?
FB mohd Asri Bakar
Kenapa saudara tinggalkan PAS?
“Saya tak setuju dengan perancangan Hadi untuk bekerjasama dengan UMNO yang kita tentang sejak dulu lagi. Saya masih berpegang dengan kata2 ATGNA yang menentang sebarang penyatuan dengan UMNO yang memang penipu dan telah ‘menyembelih rakyat’ serta masih mengamalkan idealogi SEKULAR”.
Tetapi, semua parti dalam PH juga masih sekular, kan?
“Oh, itulah bezanya antara ‘TEAM’ yang berkuasa dan yang kalah. PH yang berkuasa sekarang ni, dan saya yakin kita boleh mengembalikan kekuatan Islam, Malaysia dan peningkatan hidup rakyat marhaen. Jika kita masih kekalkan UMNO sebagai pentadbir negara dan PAS pulak yang konon2nya mempertahan kan dasar2 Islam turut menyokong UMNO…saya pasti Islam kan terus menjunam, negara pasti rebah dan rakyat seluruhnya akan mati kelaparan”.
Tidakkah DAP ada di dalam PH dan dengarnya…mereka menguasai urus tadbir pusat?
“Apa masalahnya dengan DAP?. Tun M masih PM dan dia pun orang Melayu. Jika bertukar PM sekalipun…ianya masih Melayu. Nak takut apa?. DAP bukannya bodoh untuk menolak orang2 Melayu ketika mereka pun masih memerlukan sokongan Melayu untuk menang. Di dalam BN atau Penyatuan Nasional pun..mereka masih memiliki MCA dn MIC. Sekurang2nya..di dalam DAP, masih ada orang Melayu. MCA dan MIC ada Melayu?. Malah semasa PAS hendak membentangkan rang undang Jenayah Syariah di DUN Kelantan dahulu..dan semasa Adi bawang hendak membacakan RUU355 di Parlimen…MCA dan Gerakan telah membuat lapuran Polis dan membantah sekeras2nya. Bukannya DAP”.
Yang ni menarik…jadi kenapa ahli2 pembangkang menolak RUU355 semasa Hadi membacakannya di Parlimen (semasa pemerintahan BN/UMNO)?
“Best jugak saya nak menjawab soalan nih. Yang pertama….Pembangkang termasuk MP Amanah tak membantah pun cuma mereka mendesak agar RUU355 itu di bahaskan sahaja. Tetapi kenapa Hadi menangguhkannya pulak?. Akhbar2 Pro kerajaan semasa itu, telah mengeluarkan statement konon2nya pihak pembangkang membantah RUU355. Dah kamu baca…biarlah kita membahaskannya dulu, kan?. Yang kedua, sebenarnya undang2 RUU355 tu..pihak KERA jaan UMNO sendiri boleh membacakannya. Tetapi kenapa Hadi? dan yang ketiga….RUU355 itu bukannya HUDUD!. Hadi mempermain-mainkan korang sahaja dan ianya telah di rancang dengan baik oleh UMNO. Itu di namakan POLITIK KOTOR lagi mengotorkan”.