Annuar Musa jangan gelisah tunggu Anwar jd PM-8
WFAUZDIN NS
Anuar Musa kelihatan agak rimas apabila semakin hampir saat yang dijanjikan untuk Anwar menggantikan Tun M sebagai PM ke 8. Di dalam kenyataan terbarunya, beliau mahu Tun M terus memimpin sehingga habis penggal dan Anwar boleh terus menunggu, katanya.
Sebenarnya bukan Anuar Musa saja yang resah gelisah, ramai lagi pimpinan dan bekas pimpinan Umno dan bekas menteri dulu turut risau apabila Anwar mengambil alih jawatan utama itu dari Tun M pertengahan tahun depan. Mereka kenal Anwar dan tahu prinsip Anwar. Bila bertemu dengan Anwar, mereka boleh sembang, tepuk tampar, gurau senda sambil mengeteh, tapi kalau kamu ada kes, jangan harap Anwar akan bersimpati dengan kamu. Kalau kamu ada dosa peribadi Dengan Anwar, jangan risau, Anwar akan maafkan dan tidak berdendam. Tapi, kalau kamu pernah rembat hak orang atau wang rakyat, kamu patut bimbang.
Pada saya tidak pelik kalau orang macam Anuar Musa ini dan beberapa orang lagi pemimpin Umno yang begitu berharap agar Tun M khianati janji dan kepercayaan rakyat agar Anwar dapat dilengahkan dan kalau boleh digagalkan terus dari menduduki jawatan PM ke 8. Kita faham sangat perangai pemimpin Umno ini. Apa yang mereka suka, itulah sebenarnya keburukan kepada kita.
Bahkan, di dalam PH sendiri ada yang gusar dengan Anwar. Setiap kali Anwar bercakap, beliau begitu lantang berbicara soal rasuah dan penyelewengan. Orang seperti ini baik untuk negara tetapi bahaya buat perompak dan perasuah.
Skandal 1MDB telah mula sedikit demi sedikit mencari “mangsa”. Terbaru, bekas timbalan presiden parti lebai pun terpalit dan akan diseret ke mahkamah. Tidak habis setakat itu, sabarlah tunggu giliran masing-masing.
Sekali lagi Sdr Rafizi buktikan, betul apa yang beliau dedahkan sebelum PRU14 yang lalu. Beliau buat akuan bersumpah dan menyebut nama bekas timbalan presiden parti lebai ini serta beberapa orang yang lain yang terlibat di dalam skandal 1MDB ini. Patutlah ramai pemimpin Umno amat anti dengan Rafizi kerana kecerdikan dan keberanian anak muda ini.