STATUS TERBUKA UNTUK SESIAPA BERKENAAN

Oleh : Zanirun Baba


Status terbuka kepada sesiapa yang berkenaan..... 

Ketua Polis Negara yang tidak benarkan Zakir Naik berceramah di mana-mana tempat dalam Malaysia termasuk dalam media sosial..... Tugas dan tanggungjawab polis ialah menjaga keselamatan dan keamanan negara, bukan menjaga agama dan akidah umat Islam..... Situ duduk.

Perdana Menteri sudah keluarkan kenyataan bahawa Zakir Naik tidak akan dihantar balik ke India, dia dibenarkan tinggal di sini untuk mendapat perlindungan, maknanya keselamatan nyawa, harta dan anutan agamanya dijamin oleh kerajaan Malaysia....
Dan Zakir Naik dibenarkan berceramah,cuma jgn menyentuh isu perkauman dan politik negara..... Situ duduk.

Dalam isu Zakir Naik, kenapa pula kerajaan PH dianggap munafik...? Siapakah yang munafik...? Ketua Polis Negara kah...? Perdana Menteri kah...? Atau semua menteri dalam kerajaan yang beragama Islam termasuk Mazlee Malik kah yang munafik...? Atau rakyat yang beragama Islam dan menyokong kerajaan semuanya munafik...? Hanya semata-mata kerana Zakir Naik...?

Kita beriman dengan Allah dan kitabullah, iaitu al-Qur'an... Kita beriman dengan Rasulullah SAW dan hadis-hadis nabi yang sahih, dan menyintai para sahabat nabi juga adalah termasuk sebahagian dari iman.... Isu Zakir Naik bukan persoalan iman, bukan isu akidah... Zakir Naik bukan sahabat Nabi.... Dan kalau ya pun, apa tindakan kerajaan Malaysia terhadap Zakir Naik hingga menyebabkan kerajaan PH jadi munafik...?

Ada pun tentang kenyataan Ramasamy, Charles Santiago, Ram Karpal, Waytha Moorthy, Kulaisegaran; semua mereka itu adalah non-muslim.... Takkan orang kafir pulak yang jadi munafik...? Dan kalau ya pun, mereka bukan Ketua Polis Negara negara pun, mereka bukan Menteri Dalam Negeri pun, mereka bukan Perdana Menteri pun, mereka tidak ada kuasa untuk buat apa-apa pun terhadap Zakir Naik.... Mereka hanya setakat boleh keluarkan kenyataan, memanglah kita tidak bersetuju dengan kenyataan mereka, tetapi sekadar kenyataan begitu begini bukan boleh mengubah apa-apa pun... Sehelai bulu roma Zakir Naik pun tak jatuh, jadi apa masalahnya...?

Takkanlah sekadar kenyataan dari empat lima orang anggota kerajaan yang bukan Islam terhadap Zakir Naik menyebabkan semua orang Islam yang menyokong kerajaan jadi munafik....? 

Kita ambil satu contoh, Dr Zulkifli Albakri, Mufti Wilayah  Persekutuan.... Dia seorang agamawan, akhlaknya baik, budi bahasanya tinggi, ilmu agamanya banyak, orangnya lembut hati, sikapnya melunakkan hati sesiapa saja, peribadinya menarik hati, dan dia adalah salah seorang anggota kerajaan.... Adakah dia juga munafik...? Hanya semata-mata kerana Zakir Naik...?

Ya, kalian semua pakar hadis, kalian semua alim, kalian semua pandai bahasa Arab, kalian semua jaguh debat, kalian semua pendokong sunnah, so what...? Adakah kerana itu maka agama memberi kalian lesen untuk mengkukum sesiapa saja yang tidak sependapat dengan kalian dalam isu Zakir Naik sebagai munafik...? Islam tidak memberi kalian permit untuk mengfitnah orang Islam lain, kalian tidak punya tiket untuk menghina orang Islam lain.

Ada di kalangan kalian yang pergi ke Mekah, mengumumkan akan berdoa di Masjidil Haram di depan Ka'bah, kerana kononnya Islam terancam, kononnya ulamak disekat oleh orang kafir untuk menyampaikan dakwah di Malaysia.... Ini fitnah jenis apa...? Kamu mahu membohongi siapa...? Sikap kalian menunjukkan seolah-olah kalian merasakan bahawa Allah adalah Tuhan puak-puak kalian saja.

Ada di antara kalian yang mengatakan seandainya nabi diutuskan di zaman ini nescaya nabi tersebut akan diharamkan berceramah oleh kerajaan PH.... Kebodohan apakah ini...? Kamu mengandaikan sesuatu yang mustahil dengan bersandarkan nama 'nabi' untuk menghina dan mengfitnah kerajaan PH, beginikah akhlak pendokong sunah yang mengaku bermanhaj salafus-soleh....? 

Dalil apa yang kalian pakai...? Tanpa ada sebarang nas, tanpa sepotong hadis, tanpa sebaris ayat Qur'an, kalian menghukum orang Islam lain sebagai munafik hanya berdasarkan hawa nafsu kalian semata-mata, inikah Islam...?

Sesiapa yang tidak suka Zakir Naik dianggap benci kepada Islam, dihukum sebagai menolak al-Qur'an, dituduh munafik, dihina sebagai rahmatan lil kafirin.... Ini sunnah siapa...? 

Islam adalah agama wahyu... Islam adalah agama milik Allah dan Rasul, bukan milik puak-puak kalian dan bukan milik Zakir Naik.... Tidak ada siapa pun yang menafikan kealiman kalian, kalian punya ilmu setinggi langit, kalian fasih berbahasa Arab hingga unta-unta di padang pasir pun terpegun mendengar ucapan kalian; tetapi kalian tidak boleh berlagak seolah-olah Agama Islam ini milik puak-puak kalian saja.

Barangkali kalian lupa, perkara asas bagi orang-orang yang mengikuti pengajian sunnah ialah tidak taksub kepada guru dan pendokong sunnah tidak mengkafir atau memunafikkan orang Islam lain.... Kalian gagal untuk mendidik pengikut kalian dalam soal ini... Mereka taksub kepada kalian, medabik dada sebagai pendokong sunnah, tetapi mereka bukan mendokong sunnah Nabi SAW tetapi ternampak hanya mendokong sunnah Dr Maza, sunnah Dr Rozaimi, sunnah Salman Ali, sunnah Kamilin Jamilin, sunnah Dr Basit, sunnah Abdullah Yasin semata-mata.... Ini manhaj apa...? 

Segala hujah kalian dalam memunafikkan orang Islam lain langsung tidak bersandarkan kepada dalil agama walau sedikit pun.... Semuanya hanya berdasarkan akal fikiran untuk memuaskan hawa nafsu dan kepentingan peribadi kalian semata-mata.

Sekian, wassalam.