KUASA POLIS ATAU PEGUAM NEGARA TAHAN SESEORANG?


Berkatalah Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador bahawa Peguam Negara yang akan memutuskan sekiranya Azmin Ali perlu ditahan selepas menerima kertas siasatan polis berhubung skandal video seks yang melibatkan menteri itu.
“Perkara ini dikendalikan oleh pasukan penyiasat polis. Biarkan mereka lakukan tugas mereka,” kata beliau.
Dengan kenyataan Abdul Hamid ini, ramailah yang sebenarnya jadi keliru dan mula pening-pening kepala dibuatnya.
Kata mereka, sejak bila Pejabat Peguam Negara membuat keputusan untuk menahan seseorang?
Bukankah tugas Peguam Negara hanya melakukan pendakwaan?
Tidakkah sebenarnya kerja menyiasat dan menahan seseorang untuk siasatan adalah tugas pihak polis?
Kalau tahanan seseorang perlu diputuskan oleh Peguam Negara, bagaimana dengan penahanan reman Haziq Abdullah Abdul Aziz dan Farhash Wafa Salvador yang juga Setiausaha Politik Anwar Ibrahim sebelum ini?
Adakah ia diputuskan dan dirujuk kepada Peguam Negara terlebih dahulu atau ia suatu keputusan pihak polis?
Atau kata putus oleh Peguam Negara ini hanya dalam kes video seks Azmin saja? (Shahbudindotcom 24/07/2019)