Bee Yin bertindak pantas, suspek pencemaran sisa kimia didakwa hari ini


Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin mengambil tindakan pantas menangani kes pembuangan sisa kimia berbahaya secara haram di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.

Dalam sidang media di Pasir Gudang hari ini, beliau memaklumkan bahawa Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan mendakwa pengusaha kilang tayar kitar semula yang merupakan salah seorang dari tiga suspek utama kes tersebut hari ini.

“Kertas siasatan berhubung perkara itu sudah disiapkan JAS negeri dan sudah diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk penelitian serta pertimbangan dan mendapatkan izin mendakwa.

“Kertas pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukkan penjara tidak lebih 5 tahun dan denda tidak lebih RM500,000,” katanya seperti dipetik Berita Harian.

Bee Yin dalam pada itu berkata, pihaknya sudah berbincang dengan Peguam Negara, Tommy Thomas, untuk mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap dalang kes pencemaran tersebut.

“Peguam Negara bersetuju kerana menganggap kesalahan ini amat berat dan memudaratkan nyawa awam jadi antara yang dilihat termasuk mendakwa dalang terbabit atas beberapa kesalahan mengikut Kanun Keseksaan selain Akta Kualiti Alam Sekitar, ” katanya.

Tambahnya, JAS sudah mengerahkan 100 pegawainya termasuk alat pengesan gas ke kawasan yang terjejas sejak Ahad lalu, bagi mengelak pencemaran terus merebak.

“Cuaca hujan menyebabkan sisa kimia di sungai mendap ke tanah sebelum penguapan gas kimia berkenaan ke udara antara faktor menyebabkan kawasan lebih jauh dari lokasi pencemaran turut terjejas.

“Kita sedang memasang alat pengesan gas di beberapa kawasan berisiko bagi memantau bacaan udara tercemar dan pemantauan sedang berjalan dan akan dimaklumkan selepas disahkan.

“Kontraktor dilantik sudah memulakan tugas membersihkan sisa kimia berbahaya di Sungai Kim Kim bermula semalam dan pegawai JAS memantau dekat kerja pembersihan dilakukan,” katanya.

 Sebenarnya ini bukan kali pertama Yeo Bee Yin pamerkan prestasi yang luar biasa, sebelum ni…
Bee Yin  pernah serbu lebih kurang 100 kilang kitar semula plastik.

Kalau ikut laporan FMT dan Sinchew, Yeo berhasrat hendak menghapuskan sekurang-kurangnya 100 kilang kitar semula plastik haram dalam tempoh tiga bulan pertama, bermula dengan Selangor. Malah, dia sendiri mengetuai satu pasukan untuk menyerbu sebuah kilang pada hari Khamis (17 Januari) dan apa lagi, orang ramai pun kagumlah dengan tindakan dia tu.
Yeo tak puas hati dengan operasi itu kerana pintu utama dirantai dan memerlukan masa untuk pihak berkuasa tempatan potong, benda ni berikan masa untuk pekerja kilang melarikan diri. Oleh sebab itu, beliau meminta pihak berkuasa supaya lebih cekap dalam mengendalikan serbuan.
Serbu jangan tak serbu. Via SinChew

Nampaknya, Malaysia dah berhenti memberikan lesen untuk mengimport sisa plastik tetapi itu tidak menghentikan sisa itu dari masuk ke negara kita dari Januari hingga Julai 2018. Plastik yang diimport kemudiannya diangkut ke kilang-kilang di seluruh negara dan Selangor yang terima paling banyak sisa plastik ni.

“Kerajaan akan terus buru kilang haram ni pada masa akan datang. Saya telah mengarahkan DoE untuk mengambil serius perkara ini dan menutup semua kilang haram,” – Yeo Bee Yin
Untuk pastikan kilang-kilang ni tak kembali ke beroperasi selepas serbuan tu, Yeo telah arahkan pihak berkuasa tempatan untuk potong bekalan kuasa dan air mereka untuk melumpuhkan operasi kilang. Bagi sisa plastik yang dirampas, mereka boleh dijual ke kilang-kitar semula plastik yang ada lesen yang sah.
Setakat ni, 61 kilang telah ditutup dengan lebih daripada 100 tan sisa plastik dirampas. Kementerian percaya terdapat lebih banyak kilang haram yang bersembunyi di Lembah Klang dan akan terus memburu operasi kilang haram tersebut.