Pas kuasai masjid tapi dakwah tidak diterima di Selangor
Kekalahan Pas dalam hampir kesemua kerusi yang dipertandingkannya di Selangor, kecuali satu dalam pilihan raya umum ke 14 lalu menimbulkan tanda tanya.
Lebih mengelirukan kerana sejak 2008 Pas bersama-sama PKR dan DAP membentuk kerajaan Selangor. Sejak itu mereka bebas menggerakkan dakwah di Selangor dan ustaz-ustaz Pas menguasai semua masjid serta surau.
Seorang veteran Pas yang tidak mahu namanya disiarkan berpendapat, meski pun parti itu menguasai rumah ibadat namun dakwah mereka bukan sampai kepada semua orang. Malah rakyat melihat ustaz-uztas Pas lebih kepada penceramah yang mendapat sejumlah sumbangan berbanding pendakwah sebenar.
“Kenapa Pas kalah teruk di Selangor meskipun menguasai masjid dan surau sejak 2008 hingga 2018?
“Bukankah Pas mengunakan semaksima kuasa dan peluang yang ada bagi menyebarluaskan pengaruhnya di Selangor?
“Sebenarnya rakyat melihat ustaz Pas menyampaikan kuliah kerana mendapat imbuhan dan ganjaran wang tunai daripada masjid atau surau. Inilah yang melemahkan kehebatan dakwah yang sepatutnya di terima oleh pendengar dan diterjemahkan sebagai keyakinan di peti undi,” katanya.