Mimpi Nik Aziz hilang sebelah kaki bukan hujah – Dr MAZA
Ramai percaya, artikel ringkas ditulis oleh Dr MAZA dalam Facebook beliau yang mengkritik amalan politik yang berhujah dengan disandarkan kepada mimpi sebagai kritikan Mufti Perlis itu terhadap PAS.
Ini kerana, artikel itu ditulis selepas tular di media sosial satu video ucapan Ustaz Nik Amar yang mendakwa bahawa Haji Hadi bermimpi berjumpa dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz dan diolah untuk memburukkan peribadi Ustaz Nik Omar.
“Tidaklah pula pernah mereka (sahabat) menggunakan alasan MIMPI berjumpa Nabi s.a.w bagi berhujah menentang pihak yang berbeza”, Tulis Mufti Perlis itu lagi.
Beliau turut menjelaskan bahawa boleh sahaja Aishah yang merupakan isteri Nabi s.a.w mendakwa bermimpi dalam menentukan siapa pihak yang paling benar ketika berlaku peperangan antara sahabat Nabi.
“Hal itu tidak pernah mereka lakukan. Tidak Aishah, tidak Ali, tidak Talhah dan tidak Al-Zubair”, tulis Mufti Perlis itu lagi.
Walaupun artikle ringkas itu tidak menyebut nama sebarang parti politik, namun ramai netizen memberi komen bahawa maksud artikel itu merujuk kepada PAS.
“Mimpi TGHH jumpa TGNA yg hilang sebelah kaki.. Kemudian dicemuh ditolak.. Di tafsir sbgai pergolakan keluarga TGNA yg anak mereka menyokong parti berbeza… Mimpi inikah yg dimaksudkan?”, tulis Mohd Izham Ibrahim
Tidak ketinggalan juga, terdapat sebilangan netizen menyindir rakan gabungan PAS, iaitu parti IKATAN.
“Ok la tu, presiden ikatan kadir syeikh fadzir brmimpi tuhan dtg bgtau spya mlwan umno…”, Komen Syariff Muhammad
Tindakan PAS kini yang seakan-akan Al-Arqam itu dianggap pelik, malahan dalam artikel bertajuk ‘mimpi bukan hujah kebenaran’ itu, Mufti Perlis turut menjelaskan rasa ganjil pada sebilangan manusia kini yang mengamalkan amalan yang berbeza jauh dengan amalan sahabat Nabi, iaitu dengan menjadikan mimpi sebagai hujah dalam berpolitik sehingga wujud permusuhan.
“Alangkah mudah dan murahnya nama Tuhan digunakan”, tulis Mufti Perlis itu lagi.