SISI GELAP GUAN ENG-

 


SISI GELAP GUAN ENG
Singgah menunaikan solat di masjid Umar bin Abdul Aziz, Batu Maung, Pulau Pinang. Selesai menunaikan solat, berbual dengan pengerusi masjid. Dalam perbualan, pengerusi bercerita sejarah membuat masjid.
Menurut pengerusi, masjid ini dibina dengan kutipan derma orang ramai mencapai RM700 ribu. Bagi mendapatkan lagi tambahan untuk menyiapkan masjid, pihak masjid Ke putrajaya berjumpa dengan menteri untuk minta bantuan. Menteri di Putrajaya menyatakan bahawa kerajaan BN tidak mempunyai peruntukan.
Hari raya korban yang lalu. Antara jemputan yang hadir adalah Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Dalam perbualan, ketua Menteri ambil maklum bahawa masjid tidak dapat disempurnakan binaannya kerana terbantut kewangan.
Atas inisiatif ketua Menteri sendiri, Masjid Umar bin Abdul Aziz telah diluluskan bantuan kewangan sebanyak RM 3 juta. Syukur, masjid yang pecah tanahnya disempurnakan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada Jun 2014 memakan belanja sebanyak RM 4,012,060.73 berjaya disiapkan pada Jun 2016.
Dengan reka bentuk tradisi melayu dan masjid pertama di Pulau Pinang yang mempunyai menara berbentuk rehal. Mengambil sempena ketokohan Saidina Umar bin Abdul Aziz, seorang mujtahid dan khalifah Islam yang adil, masjid ini boleh menampung 1500 orang jemaah dalam satu masa, dengan disediakan pelbagai kemudahan seperti bilik mesyuarat, bilik imam, bilik tamu, malahan tandas mesra OKU.

Saifuddin Nasution
Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau-Pinang