Dalam sidang media yang sedang berlangsung yang diadakan oleh YB Rafizi Ramli , beliau ada menyebut tentang seorang nama yang dikenali ramai sewaktu kes 1 MBD dimana nama Roslan Sohari terdapat dalam senarai nama yang dipaparkan di sebuah limosin bersama 14 kenderaan lain di sebuah hotel milik Trump.Carian mendapati bahawa beliau pernah dituduh memasukkan wang ke dalam akaun Rosmah Mansor sebanyak 2 juta.
Rafizi menuntut agar Rosmah Mansor mendedahkan siapa sebenarnya Roslan Sohari ini.
Saya tidak mahu Ahmad Maslan atau Salleh keruak menjawab untuk Romah"' demikian jelas beliau dalam sidang media sebentar tadi.
Roslan Sohari gambar yang dipaparkan di laman Facebook yang kebetulan bersamaan dengan trip Datuk Seri Najib Razak dan Datin Sri Rosmah Mansor. – Gambar TMI / Roslan Sohari Facebook, 10 Julai, 2015.
ROSLAN SOHARI
Roslan bin Sahari didakwa oleh Sarawak Report memindahkan RM2 juta ke dalam akaun Datin Seri Rosmah Mansor dan kemudian menafikan bekerja untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri sering ke luar negara bersama-sama pasangan itu.
Memetik laporan Sarawak Report, individu yang dikenali sebagai Roslan Sohari, membuat 16 kali perjalanan ke London pada Oktober 2013 dan Jeddah bulan lalu.
Trip berkenaan dipaparkan di laman Facebook yang kebetulan sama dengan trip Najib dan Rosmah.
Semalam Sarawak Report mendakwa, Roslan Sahari mendepositkan RM2 juta wang tunai ke dalam akaun bank Rosmah di Affin Bank Berhad melalui 8 kali transaksi antara tempoh 2 tahun setengah awal tahun ini.
Maklumat lengkap, termasuk nombor telefon dan pekerjaan turut dipaparkan blog berkenaan. Roslan dikatakan pembantu peribadi di Jabatan Perdana Menteri. – The Malaysian Insider
Baca lanjut: ROSLAN SOHARI – ROSMAH MANSOR – Malaysiakini
Gambar bawah blogger dan page Facebook pro PR mendakwa Roslan Sohari menutup akaun Facebook setelah pendedahan Sarawak Report – Raja Mohd Shahrim FB
VIDEO WAWANCARA TUN DR MAHATHIR BBC UK – SARAWAK REPORT