RAFIZI BANGKIT SIAPA ROSLAN SOHARI BERSAMA NAJIB DI NEW YORK


Dalam sidang media yang sedang berlangsung yang diadakan oleh YB Rafizi Ramli , beliau ada menyebut tentang seorang nama yang dikenali ramai sewaktu kes 1 MBD dimana nama Roslan Sohari terdapat dalam senarai nama yang dipaparkan di sebuah limosin bersama 14 kenderaan lain di sebuah hotel milik Trump.Carian mendapati bahawa beliau pernah dituduh memasukkan wang ke dalam akaun Rosmah Mansor sebanyak 2 juta.
Rafizi menuntut agar Rosmah Mansor mendedahkan siapa sebenarnya Roslan Sohari ini.
Saya tidak mahu Ahmad Maslan atau Salleh keruak menjawab untuk Romah"' demikian jelas beliau dalam sidang media sebentar tadi.
Roslan Sohari gambar yang dipaparkan di laman Facebook yang kebetulan bersamaan dengan trip Datuk Seri Najib Razak dan Datin Sri Rosmah Mansor. – Gambar TMI / Roslan Sohari Facebook, 10 Julai, 2015.
ROSLAN SOHARI
Roslan bin Sahari didakwa oleh Sarawak Report memindahkan RM2 juta ke dalam akaun Datin Seri Rosmah Mansor dan kemudian menafikan bekerja untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri sering ke luar negara bersama-sama pasangan itu.
GAMBAR ROSLAN SOHARI FACEBOOK
GAMBAR ROSLAN SOHARI FACEBOOK
Memetik laporan Sarawak Report, individu yang dikenali sebagai Roslan Sohari, membuat 16 kali perjalanan ke London pada Oktober 2013 dan Jeddah bulan lalu.
Trip berkenaan dipaparkan di laman Facebook yang kebetulan sama dengan trip Najib dan Rosmah.
Semalam Sarawak Report mendakwa, Roslan Sahari mendepositkan RM2 juta wang tunai ke dalam akaun bank Rosmah di Affin Bank Berhad melalui 8 kali transaksi antara tempoh 2 tahun setengah awal tahun ini.
Maklumat lengkap, termasuk nombor telefon dan pekerjaan turut dipaparkan blog berkenaan. Roslan dikatakan pembantu peribadi di Jabatan Perdana Menteri. – The Malaysian Insider
Baca lanjut: ROSLAN SOHARI – ROSMAH MANSOR – Malaysiakini
Gambar bawah blogger dan page Facebook pro PR mendakwa Roslan Sohari menutup akaun Facebook setelah pendedahan Sarawak Report – Raja Mohd Shahrim FB
roslan sohari sarawak report
roslan sohari rosmah
GAMBAR ROSLAN SOHARI FACEBOOK
VIDEO WAWANCARA TUN DR MAHATHIR BBC UK – SARAWAK REPORT 
Sarawak Report mendakwa Datin Seri Rosmah Mansor menerima RM2 juta dalam akaunnya di Affin Bank. – Gambar Malaysiakini

Blog pembocor rahsia Sarawak Report hari ini mendakwa isteri perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menerima deposit dengan jumlah keseluruhan RM2 juta, di antara 10 Februari dan 23 April tahun ini.

Menurut Sarawak Report, jumlah itu didakwa didepositkan seorang “pembantu peribadi” Datin Seri Rosmah Mansor bernama Roslan Sohari menerusi 8 transaksi ke dalam akaun Affin Bank milik “Rosmah Binti Mansor (Datin Sri)” di cawangan Bangunan Getah Asli Kuala Lumpur.
“Sarawak Report mempunyai salinan urus niaga ini dan dimaklumkan Roslan hadir di bank itu dengan wang tunai dalam sebuah beg.
“Menurut rekod, deposit-deposit ke dalam akaun itu dibuat ‘pembantu peribadi’ pemilik akaun,” dipetik laporan Sarawak Report.
Dalam laporannya, Sarawak Report mendakwa 8 deposit itu setiap satunya berjumlah di antara RM150,000 sehingga RM300,000.
Bagaimanapun, ia mendakwa deposit dalam jumlah yang besar sebegitu biasanya perlu dilaporkan ke Bank Negara Malaysia tetapi tidak dilaporkan kerana salah seorang ahli lembaga pengarah bank itu merupakan pengerusi firma sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Gambar Malaysiakini
Gambar Malaysiakini
“Sarawak Report boleh mengesahkan akaun bank ini diletakkan di bawah siasatan, kerana ia berkait dengan kemungkinan wang yang digelapkan berkait dengan 1MDB,” laporan itu dipetik.
Dakwaan ini timbul tepat seminggu selepas The Wall Street Journal mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima wang RM2.3 bilion bersumber asal daripada dana sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke dalam akaun peribadinya.
Terkini, peguam negara baru saja mengesahkan 2 akaun Najib yang disebut dalam dakwaan itu sudah ditutup sebelum dakwaan itu dibuat pada 2 Julai lalu.
Kenyataan ini mengesahkan laporan WSJ yang menyebut perkara sama tentang status akaun Najib. – The Malaysian Insider
Laporan Malaysiakini:
Dihubungi Malaysiakini, pembantu Rosmah, Rizal Mansor, berkata beliau tidak dapat mengulas perkara itu pada masa laporan ini ditulis kerana sedang berada dalam sebuah majlis berbuka puasa.
Malaysiakini juga telah menyemak sebuah laman Facebook milik “Roslan Sohari”, seorang pegawai tentera berpangkat pegawai waran, yang antara lain menunjukkan gambar individu itu dengan Najib selain kelihatan berada dalam jet peribadi.
Dalam Facebook itu, pekerjaannya diletakkan sebagai “Resident Manager at the Prime Minister’s Office” (pengurus residen di Pejabat Perdana Menteri).
Rekod di Facebook itu juga mendedahkan bahawa individu itu ‘mendaftar masuk’ di pelbagai lokasi di luar negara ketika Najib berada di tempat itu.
Gambar Malaysiakini
Gambar Malaysiakini
Tempat-tempat itu antaranya Kazakhstan (tahun lepas), Jeddah (6 Jun 2015), Beijing (12 November, 2014 ketika perdana menteri hadir Persidangan Ekonomi Asia Pasifik) dan New York (ketika Najib hadir persidangan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu September lalu).
Beliau juga berada di Padang, Indonesia, pada 26 Ogos tahun lepas, ketika Rosmah menerima sebuah anugerah Minangkabau.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada individu ini orang yang sama dimaksudkan oleh Sarawak Report.
Ketika Malaysiakini menghubungi “Roslan Sohari” melalui nombor telefon yang ditunjukkan dalam sebuah dokumen dimuat naik oleh Sarawak Report, dia menafikan berkhidmat dengan Jabatan Perdana Menteri atau mempunyai kaitan dengan Rosmah.
Bagaimanapun, gambarnya di profil Whatsapp menunjukkan gambar yang sama dengan pemilik akaun dengan di Facebook.
Malaysiakini juga memeriksa nombor kad pengenalan Rosmah yang dinyatakan di dokumen itu dan mendapati ia sememangnya isteri Najib.
Nombor akaun Affin Bank yang 1000 xxxx xxxx yang dinyatakan itu juga mendapati ia milik “Rosmah Binti Mansor”. – Malaysiakini
Gambar Malaysiakini
Gambar Malaysiakini