[HADI ALAT UMNO] Jaja Peristiwa Memali untuk menutup busuk isu sekarang???

Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihaducapan kita adalah jihadderma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’. (ketika itu UMNO dikatakan mengamalkan politik suku agama suku)
DEMIKIAN petikan kata-kata yang dijadikan ‘Amanat 
Hadi Awang 1981’ yang tidak sepatutnya bangsa Melayu
 dan Islam di negara ini juga lupakan, sebagaimana mereka 
tidak lupa kepada Peristiwa Memali di Baling, Kedah, 
yang berlaku pada 19 November 1985.
Ketika itu Pedang bertugas sebagai wartawan di Alor 
Setar. Kerana fokus Pedang ketika itu sebagai 
wartawan jenayah, maklumat awal kemungkinan ‘peristiwa 
besar berdarah’ bakal berlaku sudah Pedang hidu, 
hasil maklumat rakan-rakan yang menjadi pemandu 
ambulans hospital, yang menceritakan mereka diarah
 ‘standby’.
Pedang meletakkan Amanat Hadi Awang 1981 itu, 
bagi mengingatkan kita supaya tidak hanya melihat 
kesalahan sebelah pihak sahaja – kerajaan ketika itu.
Sebaliknya, amanat itulah yang menjadi punca kepada
 peristiwa hitam berkenaan. Perlu diingat, ketaksuban 
pengikut PAS pada lewat 70-an dan 80-an amat kuat,
 khususnya di kampung dan pedalaman. Di kampung 
Pedang pun ‘lubuk PAS’ ada juga yang taksub.
Malah, daripada amanat itulah tercetusnya isu 
mengkafirkan orang UMNO atau penyokong 
mereka, sembahyang dua imam, tidak menyambut 
Aidilfitri serentak.
Akad nikah oleh kadi kerajaan UMNO tidak sah, kena
 nikah semula. Haiwan sembelihan orang UMNO haram. 
Haram hadir kenduri kendara orang UMNO. Mereka tak hadir 
jika kerusi atau kehmah kenduri kahwin ada lambang 
UMNO. Lebih teruk, jenazah orang UMNO haram 
disolatkan. Suami isteri bercerai-berai, keluarga
 berpecah-belah. Perpaduan umat Islam rosak hancur.
Jika dikaji lebih mendalam, semuanya berlaku di kampung 
yang jauh daripada pembangunan. Contohnya di 
Kampung Memali yang terletak di Mukim Siong, Baling,
 Kedah berhampiran dengan sempadan Kedah-Thailand. 
Mereka senang dipengaruhi ustaz-ustaz yang pulang dari
 luar negara.
Itulah antara kesannya daripada amanat Hadi Awang. 
Apakah Hadi tidak menyedari bahawa disebabkan kata-
katanya itu telah mengorbankan pengikutnya, 
menyebabkan isteri menjadi janda dan anak kehilangan bapa?
Jika ada gesaan supaya bekas Perdana Menteri, 
Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf di atas peristiwa
 itu, Pedang rasa yang lebih awal dan perlu meminta maaf 
ialah Tuan Guru sendiri. Hadi Awang lebih arif mengenai 
bab-bab agama, juga bijak dalam politik.
Jika zaman sekarang, kata-kata seperti amanat itu dibuat 
dan disebarkan, sudah tentu ia dianggap militan dan
 ditangkap.
Pedang kadang-kadang menyokong penuh apa yang 
dilakukan PAS, khususnya dalam usaha memartabatkan
 Islam. RUU355 contohnya, Pedang sokong 100 peratus.
Tetapi, tidak semua apa yang dilakukan parti Islam itu
 boleh disokong 100 peratus. Kalau kita sokong 100
 peratus maka kita adalah penyokong taksub membabi buta.
Portal Pedang ini pun banyak menyiarkan kenyataan 
pemimpin PAS. Kita bagi sokongan. Tetapi, teguran 
daripada orang lain, termasuk Pedang kena juga didengari.
Jadi, Pedang ulangi sekali lagi.
“Jika Hadi Awang menyedari bahawa kata-kata yang
 pernah beliau keluarkan – ketika berceramah di 
Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 
April 1981 yang dicetak dan disebar seluruh negara – 
menjadi punca ketaksuban seperti yang Pedang katakan 
di atas, sehingga mencetuskan Peristiwa Memali, adalah 
wajib beliau memohon maaf.”
Apakah Tuan Guru sudah lupa kepada ucapan itu? Bila 
Tuan Guru akan mohon maaf secara terbuka?
Sebagaimana PAS tidak yakin Dr Mahathir akan memohon 
maaf terhadap peristiwa Memali itu, demikian juga Pedang 
yakin Tuan Guru tidak akan memohon maaf atas amanat
 yang dikeluarkannya yang telah memberi kesan seperti di 
atas.
Demikianlah, hangatnya isu Memali ini apabila Timbalan
 Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi, pada 5 Ogos 
lalu ke Baling dan membuat kenyataan bahawa Dr 
Mahathir berbohong mengenainya.
Kenyataan itu disambut pantas oleh PAS, yang 
membangkitkan semula isu berkenaan, tetapi mengetepikan 
atau tidak melihat dan mengaitkan punca sebenar peristiwa itu adalah disebabkan ketaksuban penyokongnya terhadap
 Amanat Hadi Awang 1981.
Apapun, jangan kita lupa apa yang sedang berlaku di negara ini sekarang ini.
Dulu rakyat tak menanggung beban seteruk 
sekarang. Kononnya, pertumbuhan ekonomi 
negara memberangsangkan. Cubalah tanya penduduk 
Kampung Memali mengenai ekonomi negara yang 
dikatakan membanggakan itu. Ada depa peduli?
Yang mereka peduli sekarang ini ialah harga minyak naik,
 harga barang naik, wang kerajaan dicuri.
Kata Pedang: Demikianlah jangan mengangkat 
sesuatu isu lama untuk mengalihkan perhatian
 atau menutup busuknya apa yang sedang berlaku 
sekarang ini. - ismaweb