Pemimpin
dituduh agen dap, kafir, jebon,anwaris, erdoganis, barua, tolol...walau
di caci dan dihina, kmulah pejuang rakyat yg sebenar...pemimpin ku dulu
kini dan selamanya...
Hormat # Sang Kelembai
Hormat # Sang Kelembai
Like · Comme
Sekarang saya dapat melihat.... kata Mat Sabu....
Setiap orang atau
kumpulan yang ingin mempertahankan jawatan dalam PAS sama ada di Dewan
Ulama, Pemuda dan Muslimat termasuk AJK Pusat berhak menonjolkan kerja
dan prestasi mereka.
Mereka yang mempertahankan jawatan atau kedudukan cuba menonjolkan prestasi mereka sepanjang mereka memegang jawatan.
Mereka yang ingin
mengambil alih atau menawarkan diri untuk berkhidmat dengan memegang
jawatan akan menonjolkan idea baru dan mendedahkan kelemahan dan
prestasi mereka yang sedang memegang jawatan.
Semua kerja-kerja itu adalah perkara atau perbuatan biasa dalam sesuatu organisasi atau parti.
Sekelompok pemimpin dan
ahli PAS cuba mempertikaikan timbalan presiden PAS dan beberapa orang,
antara mereka Salehuddin Ayob, Husam Musa, Mahfoz Omar, Dr Hatta Ramli,
Suhaizan Kayat, Dr Mariah Mahmud, Hanifa Maidin, Khalid Samad dan
beberapa orang lagi tidak menjunjung dan mempertahan kepimpinan ulama.
Bagi saya tuduhan itu adalah perkara biasa dan pihak yang kena tuduh cuba menjawab dengan berbagai cara.
Kemudian mereka di kumpul dalam kumpulan ('Jebon') dan antiulama.
Lebih jauh mereka juga dituduh lebih walak dan taat pemimpin-pemimpin dari parti lain sama ada PKR atau DAP.
Tuduhan mencurah-curah
Tuduhan-tuduhan itu
dicurahkan melalui Majlis Multaqa, Nekad dan tuduhan tidak membela
presiden ketika beliau diserang oleh DAP.
Saya menjadi sasaran utama kerana dituduh tidak membela presiden dalam krisis menteri besar Selangor dan hadapi DAP.
Kecam mengecam antara
pimpinan PAS dan DAP hampir sudah tidak terkawal lagi. Tulisan dan
pandangan pemimpin supaya PAS putus hubungan dengan DAP dan bersedia
untuk 'bersendirian'.
Kemuncaknya, bila
mursyidul am dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Ulama pada 3 Jun 2015
lalu menegaskan bahawa syarat tahalluf (kerjasama) dengan DAP telah
rosak dan tamat.
Usul Muktamar Dewan
Ulamak diluluskan pada hari yang sama telah mendapat sokongan 100
peratus dari perwakilan supaya PAS putuskan hubungan dengan DAP.
Lebih kurang 10.30
malam pada 4 Jun 2015 keputusan pemilihan muktamar di ketahui di mana
Mohd Sabu, Salehuddin Ayub, Mahfuz Omar, Husam Musa, Hanifa Maidin, Dr
Hatta, Dr Mariah dan lain-lain semuanya tewas.
Seminggu sebelum itu
presiden telah memberi pandangan bahawa ahli PAS boleh pilih sama ada
memilih mereka yang dilihat mewakili DAP atau yang pertahan dasar.
Mereka yang dilabelkan tunduk kepada DAP dan "Anwarinas" semua tewas belaka.
Pembina telah dinyahkan
Dalam muktamar pada 6
Jun 2015, usul untuk putus hubungan dengan DAP diterima tanpa bahas.
Usul itu daripada kawasan Tumpat dan Dewan Ulama.
Bila usul itu diluluskan, ia menjadi gempar. Bagaimana kedudukan penjawat jawatan di Pulau Pinang yang paling terkesan?
Dan bagaimana pula
kedudukan PAS dan anggotanya di Selangor-kerajaan negeri, exco,
jawatan-jawatan berkaitan yang dianggarkan lebih dari 5,000 yang
terlibat.
Dalam ucapan
penggulungan pada 6 Jun 2015, saya mengambil keputusan meletak semua
jawatan yang bersangkutan dengan kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin
oleh DAP.
Sekarang saya dapat
melihat – menggunakan, melabel, menuduh orang itu alat itu, suruhan itu
ini, Anwarinas, agen DAP hanyalah alat untuk mencapai kedudukan.
Dah dapat kedudukan,
cuba cari jalan untuk berbaik semula dengan DAP. Orang yang bersama
membina Pakatan Rakyat dari awal telah dinyahkan.
Kedudukan jawatan paling kejar? Moga Allah SWT memberi petunjuk kepada kita semua.
MOHAMAD SABU
bekas timbalan presiden PAS.~ malaysiakini.com