PAS perlu keluar Pakatan atau diketawakan
Menurut Hanipa, jati diri PAS akhir-akhir ini banyak dipersoalkan golongan proulama yang mendakwa toleransi parti berkenaan dengan DAP sudah melepasi tahap dibenarkan Islam.
Kata Ahli Parlimen Sepang itu, pendirian Dewan Ulama kepada DAP dapat dilihat kepada kenyataan ketuanya, Datuk Dr Mahfoz Mohamed yang menyatakan golongan progresif tidak arif dengan dasar PAS dan sering menghalang keputusan dengan fakta bernas.
Justeru ujar beliau, PAS yang kini dikuasai golongan konservatif tidak wajar berundur selepas membuat ketetapan memutuskan hubungan dengan DAP.
“Jika tidak, PAS akan diketawakan kerana tidak berpegang dengan prinsip,” katanya.
Menurut Hanipa, tanpa kumpulan sederhana dalam PAS ketika ini, parti itu sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk meneruskan visi dan misi seperti diingini.
“Kalau mereka tidak berani bertegas dengan pendirian mereka seperti yang dijelmakan dalam muktamar lalu dan masih mahu terus bersama Pakatan mereka pasti akan ditertawakan.
“Maka satu satunya jalan bagi mempertahankan jati diri PAS, kepimpinan baru wajar berani, tegas dan konsisten mempertahankan prinsip perjuangan dan satu satunya jalan bagi merealisasikan hal tersebut ialah dengan keluar daripada Pakatan secara hormat,” jelas Hanipa lagi. – Roketkini.com