Wanita layak jadi MB atau PM

Wanita layak jadi MB atau PM, tetapi bukan Wan Azizah kata Khairy.

 Apa plak mamat ni dok meracau tak tentu kalu....balik jaga negeri sendiri sudah lah. Tidak pun jaga kementerian. Jaga bagi elok elok sudah la... Tak perlu lah Presiden PKR nak dengar mamat nih....

Khairy Jamaluddin bersetuju wanita menjawat jawatan sebagai ketua negeri tetapi bergantung kepada calon berkenaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Julai, 2014. 

Khairy Jamaluddin bersetuju wanita menjawat jawatan sebagai ketua negeri tetapi bergantung kepada calon berkenaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Julai, 2014.


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menolak kenyataan Peguam Umno Datuk Hafarizam Harun yang mengatakan wanita tidak boleh menjadi menteri besar kerana mengalami uzur syarie.

Khairy berkata, tugas utama menteri besar adalah mentadbir negeri, dan alasan tidak boleh mengiringi sultan ke majlis rasmi kerana keuzuran itu hanya perkara kecil.

"Secara peribadi wanita amat layak menjadi menteri besar atau perdana menteri, tetapi bukan ‎wanita itu (Wan Azizah)," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda Umno di bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini merujuk kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata sedemikian dalam responsnya terhadap kenyataan Hafarizam bahawa Dr Wan Azizah tidak boleh jadi menteri besar kerana menghadapi masalah keuzuran. – 15 Julai, 2014. MENYUSUL LAGI