Najib enggan ulas isu hilang kerja kerana hudud
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
enggan mengulas kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang
mendakwa 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika hukum hudud
dilaksanakan.
"Saya tak nak komen (perkara itu),"
katanya ringkas dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat
Majlis Tertinggi Umno petang ini.