Sebuah
badan bukan-kerajaan (NGO) Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik
Kebangsaan akan menyerahkan memorandum kepada Menteri Pelajaran menggesa
dihentikan tindakan yang tidak profesional, penganiayaan dan kezaliman
kepada para pendidik.
Tindakan ini berasaskan begitu banyak
aduan yang diterima berhubung tindakan-tindakan tidak profesional pihak
berkuasa pendidikan seperti menukarkan guru-guru secara yang tidak
berperikemanusiaan daripada tempat asal ke tempat lain yang terletak
beratus-ratus kilometer jauhnya.
Penjelasan isu berkaitan dalam video di sini: