FATWA ATAU DEMONTRASI PATUNG BERHALA-

Suatu ketika dahulu imej Anwar Ibrahim dikatakan berhala dan pada masa itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin mendakwa ia "berunsur keberhalaan" dan "perlu dihapuskan dengan segera.Kini kita minta ulama yang sama mengeluarkan fatwa yang sama juga kepada PM Najib.

"Selepas itu, banyak pihak mempertikaikan kehadiran replika besar itu di simpang utama dekat Wisma Keringat - selain dianggap "patung" yang dilarang oleh Islam, ia juga dianggap membazir.


"Tetapi bagi Umno (Gombak) yang ingin mengadakan demonstrasi, kita harap mereka mengambil pendirian yang sama (terhadap patung Najib)," kata Amirudin, yang juga naib ketua Angkatan Muda PKR.Umno Gombak pernah mengeluarkan kenyataan dan memberi amaran kepada Majlis Perbandaran Selayang agar menurunkan replika Anwar atau menghadapi tindakan demontrasi.

"Replika besar Najib dinaikkan beberapa ratus meter di depan patung besar Dewa Muruga yang berwarna emas - di pintu masuk gua Batu Caves - bersempena festival Satu Malaysia di situ selama tiga hari sehingga Ahad.

AMIRUDDIN SAHRI

Pada 29 Oktober tahun lalu, Umno Gombak menentang keras penegakan replika Anwar kerana imej besar berdekatan simpang jalan itu didakwa mengganggu kelancaran lalulintas.Ketuanya Abdul Rahim Kamaruddin turut mengancam mengadakan "bantahan terbuka" sekiranya Majlis Perbandaran Selayang (MPS) membenarkan tempoh penegakannya dilanjut sehingga hari natal tahun lalu.

No comments: