PAKATAN RAPUH ,ANWAR PENGKHIANAT.ELOK ADAKAN PILIHANRAYA UMUM



BERKOKOK TERPALIT TAHI DI EKOR.TENGOK NEGERI MASING-MASING SEBELUM SELESAI DAN KECOH DI NEGERI ORANG. RAKYAT DAH BOLEH FIKIR DAN KATA-KATA MACAM INI TIDAK MEMBANTU UMNO SEBENARNYA.




"Saya tidak mahu mengulas banyak mengenai pandangan Shafei Afdal ini. Sekiranya Shafei merasa pandangan dan dapatan beliau itu benar kenapa beliau tidak cadangkan saja kepada Najib Razak agar bubar parlimen dan adakan pilihan raya. Rasanya tidak perlu pemimpin UBN banyak cakap dan membuat penialain politik tanpa mendapat keuntungan daripada suasana itu. iya... kalau PR tidak kuat ketika inilah masa terbaik untuk Najib membubarkan parlimen bagi mendapat mandat mutlak.

Umum tahun kuasa yang digunakan untuk Najib dan Shafei memerintah kini ialah sisa-sisa kuasa peninggalan Abdullah Badawi. Najib dan rakan sekutunya tidak boleh mendabik dada kuasa yang ada kini sebagai kuasa mutlak mereka. kerana itu mereka perlu mendapatkan mandat baru rakyat.

Jikalau keadaan PR sudah longgar, sudah rapuh sudah lemah dan bergaduh bagaikan dikata, nah ketika inilah untuk UBN ambil kesempatan mengadakan pilihan raya semula. Shafei boleh mencadangkan kepada Najib berbuat demikian. Sekiranya Shafei takut untuk berbuat demikian tidak ada guna beliau membebel mengenai Pakatan Rakyat dan keengganan membubarkan parlimen menunjukkan bebelan itu tidak betul." SAYUTI OMAR




Betul juga kata-kata ini. kalau dah rasa Pakatan Rapuh dan longgar elok tu Bn ambil kesempatan untuk pilihanraya umum dan dapat menawan kembali baki 4 buah negeri dan 1 wilayah. Ini sudah tentulah memberi keselesaan kepada wakil Bn memerintah dan tidak perlu mengganggu gugat negeri yang mereka tidak perintah. Atau pun paling lekeh ialah pilihanraya di Perak diadakan semula.

Shahril Samad semasa diluar cakap banyak. Bagi jadi menteri letak jawatan sebab kerja tak boleh buat.Tu la dia....


No comments: