TEATER BILIK SULIT TAWAN PULAU MUTIARA





Teater “Bilik Sulit” arahan aktivis reformasi Hishamuddin Rais berjaya menawan Pulau Pinang selama 2 hari baru-baru ini.Persembahan ulung teater Bilik sulit yang pertama kali di pentaskan di Pulau Pinang ini berjalan selama 2 hari iaitu Sabtu malam 17hb Januari dan juga 2 pementasan pada hari Ahad 18 Januari iaitu padan jam 3 petang dan juga 830 malam bertempat di Zheng Zheng studio jalan Lebuh Light.Turut hadir menyaksikan persembahan tersebut ialah Presiden Aliran P.Ramakrishnan, danjuga para aktivis, dan juga orang ramai.



.Persembahan selama 1 jam 15 minit itu menarik perhatian penonton dengn gaya persembahan yang begitu professional dan pelakonnnya berjaya menyampaikan mesej kepada masyarakat tentang kekejaman dan penindasan selama mana tahanan di penjarakan dan juga di dedahkan tentang sessi soal jawab OKT dengan pihak berkuasa.

Pada keseluruhan gambaran yang disampaikan melalui pementasan ini di anggap begitu profesiaonal oleh para pelakonnnya kerana selain bersahaja, mesej jelas iaitu digambarkan tentang pengalaman yang dilalui oleh pengarahnya Hishamuddin Rais sendiri sewaktu di tahan bersama beberapa tahanan lain pada tahun kebangkitan era Reformasi di mana pada ketika itu 6 tahan iaitu Tian Chua,hishamuddin,Gobalakrishnan,Ezam,Saari sungip serta Ghani Harun yang dituduh cuba menjatuhkan kerajaan dengan menggunakan senjata berbahaya.

Mesej akhir yang hendak di sampaikan ialah bagaimana yang menyoalsiasat itu ialah seorang pegawai polis yang beragama islam,menyoal seorang yang juga beragama islam dengan soalan yang tidak sepatutnya ditanya bukan untuk mencari bukti tentang senjata berbahaya yang didakwa , di tuduh menyimpan senjata membahaya untuk menjatuhkan kerajaan paimpinan Mahathir Mphammad ketika itu tetapi ianya lebih kepada penyiksaan mental.

Menurut Hishamudin mereka akan bergerak ke Ipoh pada 6,7 dan8 Februari di taman budaya Ipoh sebagai satu persembahan mereka untuk menunjukkan betapa ISA adalah sesuatu yang harus di hapuskan dan bagaimana soal siasat itu adalah keterlaluan dan bukan untuk mencari kebenaran akan tetapi hanya untuk menyeksa para tahanan dari segi mental dan juga fizikal.









Sebelum berjaya mengadakan persembahan di studio yang menurut beliau pertama kali di adakan didalam studio, walau agak sempit boleh memuatkan 50 penonton dan pada mulanya bekalan elektrik terputus beberpa jam sebelum persembahan di lakukan.namun berjaya di atasi dan dengan kerjasama krew dan ketabahan para pelakon, ianya berjaya di adakan dan beliau berpuas hati dan bercita-cita untuk mengadakan persembahan di tempat yang lebih ramai lagi kerana ini menjadi agenda beliau untuk menjelaskan kepada masyarakat tetang ISA.

No comments: