FAIRUS RASMI PROJEK PENYAMBUNGAN PAIP AIR BERSIH





Permatang Pauh-YB Mohammad Fairus merangkap ADUN Penanti dan TKM1 Pulau Pinang telah merasmikan projek memberi bantuan kepada 18 keluarga yang tidak mendapat bekalan air bersih akibat status masaalah tanah yang dididuduki dan juga di sebabkan oleh kewangan telah memberi bantuan penyambungan paip air kepada 18 keluarga di kampong Telok Wang dekat Penanti.Turut hadir ialah pegawai Daerah Seberang Perai Tengah Pn Masirah Che Ali,Timbalan Ketua Bahagian En Mat Hashim,Ketua Wanita Pn Khatijah,Ketua Pemuda En Amir Ghazali dan juga ketua-ketua bahagian dan juga para penyokong.

Mereka yang menggunakan perigi selama hampir 50 tahun sebagai sumber bekalan air utama, dan melihat jiran-jiran sekeliling menikmatinya selama ini diberi bantuan sebagai tanda keperihatinan kerajaan negeri kepada rakyat negeri Pulau Pinang dan juga penduduk Permatang Pauh khasnya.Bantuan di berikan kepada berbagai kaum namun majoritinya masyarakat Siam yang menghadapi masalah status tanah.

Peruntukan sebanyak RM24000 dari peruntukan ADUN Penanti telah di berikan sebagai tanda perihatin kerajaan negeri, malah semua urusan pembayaran pemprosesan,bil diuruskan oleh Pejabat ADUN Penanti.

Menurutt YB Mohammad Fairus lagi, fasa pertama di Telok Wang dan akan di ururskan lagi di fasa kedua dikawasan lain yang menghadapi masaalah yang sama berkaitan dengan status tanah,kewangan dan jauh dari paip utama dan memerlukan belanja yang besar akan cuba di bantu bagi keselesaan masyarakat di Pulau Pinang khasnya di kawasan Permatang Pauh.

Dalam majlis yang sama juga YB Fairus menerima borang keahlian dari penduduk perkampungan Siam sebagai tanda sokongan mereka kepada kerajaan Pakatan Rakyat dan juga kepimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim di kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Law Ah Ba 55 salah seorang yang menerima bantuan menjelaskan bahawa selama ini bantuan yang dijanjikan tidak diterima sehingga beliau berputus asa dan menguncapkan terima kasih kepada YB Fairus kerana memberi bantuan kepada masyarakat keturunan
Siam di kampong Telok Wang.


Law Lek Cun 62 wakil masyarakat kaum Siam juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Fairus dan kerajaan Pakatan Rakyat kerana memberi bantuan yang tidak disangka-sangka kerana berpuluh tahun dijanjikan dengan bantuan penyambungan paip ini.Beliau yang pada mulanya tidak yakin kini percaya bahawa kerajaan Pakatan Rakyat memang membantu rakyat.




Wagarajen 47 kaum India turut mengudcapkan ribuan terima kasih keran inisiatif ini hanya berlaku 8 bulan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri. Ini memberi beliau dorongan yang kuat bagi menjelaskan kepada kaum India untuk menyokong Pakatan Rakyat.


Noi Bin 45 juga menjelaskan bahawa telah beberapa kali janji-janji untuk masukkan air di rumah kerana memohon diatas tanah yang bukan milik status persendirian.jadi tentu masalah kerana belanja yang banyk.Kerajaan pakatan rakyat boleh bagi bantuan ini dan sudah tentulah rasa syukur dengan bantuan ini dan mengucapkan terima kasih kepada Timbalan ketua menteri.

No comments: