FAIRUS LAKUKAN LAWATAN KE BEBERAPA LOKASI KENDURI QURBAN






Timbalan ketua menteri Pualau Pinang YB Mohd Fairus Khairuddin hari ini melakukan lawatan kebeberapa lokasi kenduri Qurban di Pulau Pinang dan juga di kawaan Penanti.Beliau yang memandu sendiri kenderaan mulanya tiba di Taman Melati iaitu di rumah Pak Salim.Rumah Pak Salim adalah lokasi asal mulanya markas PKR negeri dan di awal pergerakan reformasi.Turut hadir di lokasi ialah YB Abul Malik.

YB Fairus kemudiannya bergerak ke kampung Permatang Damar Laut di mana beliau di sambut oleh Pengerusi Masjid dan juga Pengerusi Qaryiah masjid tersebut iaitu Tn Hj Ahmad Fadzilah.YB fairus kemudiannya sempat berbual dan bertemu dengan masyarakat setempat yang melakukan ibadat Qurban.sebanyak 21 ekor lembu telah di Qurbankan di kampung tersebut.
YB fairus kemudiannya bergerak ke kawasan beliau di kampung Kubang Ulu di dalam DUN penanti dimana sebanyak 8 ekor lembu di korbankan Tururt serta ialah Mudir ManabilUlum Pondok penanti iaitu Tu Hj Saari dan sempat bergambar dengan pemuda Qaryiah di kawasan tersebut.



Beliau kemudiannya bergerak ke rumah Timbalan ketua bahagian iaitu ke rumah Pak Tam dimana beliau juga mengadakan kenduri di rumahnya.Yb fairus kemudiannya bergerak ke lokasi perumahan tanah lot di kampung Kubang Semang dimana majlis jamuan kenduri juga di adakan.

No comments: