Politik,Wanita Kerjaya,& Keluarga




Tema Forum: Politik,Wanita Kerjaya,& Keluarga

PENYERTAAN

Peserta dianggarkan 200 orang. Golongan wanita tempatan, wanita warga industri, wanita
Anjuran: Wanita KeADILan Rakyat Negeri Pulau Pinang
Tarikh: 13hb Disember 2008 (Sabtu)
Masa: 1:30pm – 5:00pm
Tempat: Bilik Anggerik, Bougainvilla & Cempaka, Dewan Sri Pinang,
Georgetown, Pulau Pinang
Penyertaan: Umum – Percuma



kakitangan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan wanita tempatan.



PENGENALAN

Forum wanita dalam masyarakat majmuk merupakan suatu program berterusan dianjurkan Wanita KeADILan Rakyat Negeri Pulau Pinang. Forum ini amat diperlukan untuk menyebarkan ilmu yang berguna bersama penceramah-penceramah yang berpengalaman.




Dr Joyce sedang memberi sidang akhbar









Forum ini turut merangkumi pengetahuan tentang kehidupan wanita bekerjaya dan mempunyai keluarga serta turut terlibat secara aktif dalam politik. Usaha ini merupakan satu usaha untuk menjalin hubungan dengan pelbagai kaum untuk membuktikan amanah tugasan untuk kejayaan kehidupan wanita dalam masyarakat majmuk. Setiap tugasan dan kerja-kerja harian wanita perlu ada startegi dan usaha-usaha perlu berterusan demi masa depan kecemerlangan wanita. Usaha forum ini membantu perlaksanaan dan mengaplikasikan pengetahuan untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum. Forum ini turut menjemput penceramah yang berpengalaman dalam mendalami dan mendapat pengetahuan tentang fokus kehidupan wanita. Sejarah membuktikan majlis ilmu seperti forum amat berguna dalam perkembangan tamadun wanita tempatan. Pada masa kini peranan wanita semakin luas dalam masyarakat. Wanita bukan sahaja berperanan dalam keluarga namun penglibatan wanita dalam bidang kerjaya semakin meningkat. Kecemerlangan wanita dalam bidang kerjaya amat membantu sektor ekonomi negara. Hasilnya, golongan wanita professional dan wanita sebagai usahawan berjaya menjadi mercu tanda kecemerlangan wanita tempatan. Wakil rakyat wanita amat diperlukan untuk membela nasib dan hak-hak wanita tempatan. Penglibatan wanita dalam politik turut membantu rancangan dasar-dasar negara kita. Kesinambungan peranan wanita dan pentingnya usaha wanita maka seharusnya wanita dididik dengan ilmu-ilmu yang berguna untuk merealisasikan matlamat kehidupan mereka .


TUJUAN/OBJEKTIF

1. Mewujudkan golongan wanita yang bijaksana dalam seimbangkan kehidupan berkeluarga, kerjaya dan aktif dalam politik
2. Mengerakkan aktiviti majlis ilmu dengan aktif dan menyedari tuntutan ilmu pengetahuan bagi wanita di dalam masyarakat majmuk
3. Melahirkan golongan wanita yang boleh berperanan dalam masyarakat majmuk
4. Menyediakan majlis ilmu bagi wanita untuk aktiviti masyarakat majmuk
5. Memperlengkapkan ilmu dan teknik di dalam usaha-usaha kecemerlangan kehidupan wanita tempatan


PENCERAMAH

1) YB Dato’ Zahrain Mohd Hashim bin Dato’ Zainuddin Mohd Hashim (PKR)

Beliau pernah mendapat pendidikan di luar negara dan berpengalaman luas serta pernah memegang jawatan-jawatan tinggi dalam agensi tempatan seperti Malay Chamber of Commerce and Industry, Penang Chamber of Commerce and Industry, Penang Water Authority , Rent Control Tribunal Penang, Penang Municipal Council, Penang Port Commission, Penang Port Labour Board, Malaysian Institute of Maritime Affairs dan Federation of Malaysian Port Operating Companies. Beliau bergiat aktif dalam bidang politik dan mencapai kecemerlangan politik tempatan serta memegang jawatan seperti Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang jawatan Pengerusi, Majlis Pimpinan Tertinggi PKR dan PKR Bahagian Bayan Baru jawatan Ketua. Pada pilihanraya lepas beliau berjaya mendapat keputusan cemerlang wakil rakyat bagi kawasan Parlimen Bayan Baru.

2) YB Dr. Lo’ Lo’ Bt Dato Haji Mohamad Ghazali (PAS)

Beliau merupakan seorang pakar doktor perubatan yang berpengalaman selama 25 tahun. Beliau merupakan ahli jawantankuasa PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa juga berpengalaman luas dalam bidang kebajikan tempatan dan antarabangsa seperti misi kemanusian antarabangsa ke perang Afghanistan, gempa bumi Pakistan, tsunami Acheh dan utara Malaysia. Beliau juga berpengalaman luas dalam arena politik Negara dan berjaya dengan keputusan cemerlang pilihanraya umum bulan Mac lalu bagi kawasan Parlimen Titiwangsa.

3) YB Chong Eng (DAP)

Beliau dilantik sebagai ahli parlimen kawasan Bukit Mertajam setelah memenangi pilihanraya yang lepas dengan undi majoriti 26,000. Beliau berpengalaman luas dalam arena politik dan memegang jawatan-jawatan tinggi dalam Parti Tindakan Demokratik (DAP) sebagai Timbalan Setiausaha Agung dan Pengerusi Wanita.

4) Puan Felica Ling (PKR)

Seorang peguam, penulis ruang, penceramah dalam TV dan radio program. Beliau berpendidikan ijazah bidang guaman dari Universiti Malaya yang mempunyai firmanya sendiri, iaitu “Feei Feisal & Partners”. Beliau memegang jawatan Timbalan Ketua Biro Undang-Undang dalam Klang Chinese Chamber of Commerce & Industry. Beliau juga terlibat secara aktif dalam bidang politik dan dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat Wanita MCA sebelum meninggalkan MCA pada April 2008, dan kini bersama Parti KeADILan Rakyat serta memegang beberapa jawatan seperti Ketua Bahagian Cheras, EXCO Wanita KeADILan dan Ketua Wanita Bahagian Cheras. Beliau berpengalaman luas dalam memperjuangkan hak-hak wanita dalam undang-undang negara.



Senarai Ahli Jawatankuasa Kerja Forum:
Penasihat:
Norhayati Jaafar (Ketua Wanita KeADILan Rakyat Negeri Pulau Pinang)

Fauziah Mahadi (Setiausaha Wanita KeADILan Rakyat Negeri Pulau Pinang)
Pengerusi:
Dr. Joyce Lee Yueh Choo
Naib Pengerusi:
Ramlah Saihoo
Setiausaha:
Latifah Varshay Ibrahim
Bendahari:
Norhayati Jaafar & Dr. Joyce Lee Yueh Choo
AJK:
Rynu Shanmugam (Naib Ketua Wanita KeADILan Rakyat Negeri Pulau Pinang)

Aishah Ahmad

Diong Chong Mee

Khatijah Yahya

Norlia Sapar
Moderator Forum
Rohayah Zakaria
Pengerusi Majlis:
Zakiah Mat Saad (Naib Ketua Wanita KeADILan Rakyat Negeri Pulau Pinang)


Segala pertanyaan boleh dihubungi:
· Dr. Joyce Lee – H/P: (012) 485 5155
· Latifah – H/P: (013) 510-1968
· Ramlah – H/P: (016) 422 2142
















No comments: