RAZAK BAGINDA AKAN DITAHAN SEMULA???

Abdul Razak boleh ditahan semula
03/11/2008 2:39pm


PUTRAJAYA 3 Nov. - Penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda yang dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu berdepan kemungkinan ditahan semula atau dibebaskan dengan jaminan jika pihak pendakwa mengemukakan rayuan terhadap pembebasannya.



Peguam Karpal Singh selaku peguam pemerhati keluarga Altantuya dan Kerajaan Mongolia berkata, permohonan untuk waran tangkap dan jaminan itu boleh dikemukakan bagi mengelakkan Abdul Razak, 48, yang dibebaskan Jumaat lalu melarikan diri ketika rayuannya didengar di Mahkamah Rayuan.



``Seksyen 56(A) Akta Mahkamah Kehakiman (COJA) 1964 menyatakan, pendakwa boleh mengemukakan permohonan di mahkamah agar Abdul Razak dibebaskan dengan jaminan atau waran tangkap dikeluarkan untuk menahannya sementara menunggu rayuan selesai,'' ujar beliau ketika ditemui pemberita di Istana Kehakiman di sini hari ini.



Terdahulu, Karpal mewakili keluarga Altantuya meminta Jabatan Peguam Negara merayu terhadap keputusan pembebasan penganalisis politik itu tanpa dipanggil membela diri daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya.


No comments: