Aman Muhammad
Antara sebab utama aku mula berhenti sokong PAS dan mula lawan PAS selepas PRU 2013, ialah kerana PAS berbohong mengenai janji nak laksana Hudud.
Sebelum PRU 2013, Presiden PAS berkata nak laksana Hudud ni perlu kepada 3 syarat. Selagi tak cukup 3 syarat ni tak boleh nak laksana Hudud.
1) Basmi kemiskinan.
2) Kurangkan pengangguran.
3) Gaji minima
Selagi ketiga-tiga syarat itu tidak dilaksanakan, selagi itu Hudud tidak boleh dilaksanakan, kata Presiden PAS pada waktu itu.
Namun selepas PRU 2013, arwah TG Nik Aziz digulingkan daripada jawatan MB, dan MB baru pula tak lama seleas itu umum nak laksanakan Hudud di Kelantan.
Aik? Sebelum PRU kata kena cukup 3 syarat dulu, ni Kelantan dah cukup ke 3 syarat tu tiba-tiba MB baru kata nak laksana Hudud?
Pada waktu itu datangnya hidayah daripada Allah, baru aku sedar PAS memang selama ini menipu bab Hudud ni.
Sebelum PRU kata lain, selepas PRU kata lain.
Disebabkan pengumuman nak buat Hudud di Kelantan itu lah yang membawa bibit-bibit perpecahan Pakatan Rakyat.
Alhamdulillah, sejak itu aku mula melawan ulamak jahat PAS yang menipu pasal Hudud sampai ke hari ini.
Dan hari ini terbukti lagi bahawa PAS memang tidak akan laksanakan Hudud pun di Terengganu walaupun PAS janji akan laksana Hudud di Terengganu jika menang dalam PRU 2018.
8 tahun berlalu, Hudud tak dapat-dapat.
Yang dapat ialah, Adun harbi anti-Hudud.

No comments:
Post a Comment