Che Ibrahim.
Ada sekelompok tertentu cuba pertahankan kebiadaban Eric See, seorang bukan Islam yang menjadikan kalimah al Quran sebagai bahan lawak yang seolah olah tidak faham perkataan "lighad" berbanding "liwat".
Ambo rasa kalau lembu memahami percakapan manusia, lembu pun akan faham apa yang ditulis oleh kakas ni, jelas dan nyata cuba permain mainkan kalimah al Quran wpun dianggap hanya jenaka.
Kalimah Lighad @ lighadin bermaksud "hari akhirat" di mana kalimah sebelumnya mengisyaratkan akan setiap jiwa yang beriman mempersiapkan diri untuk suatu hari yang akan datang yakni Hari Akhirat.
Manusia bukan Islam bukan sahaja tidak memahami maksud al Quran, bahkan mereka sendiri tidak percaya ada kehidupan lain selepas mati. Mereka tidak percaya kepada hari pembalasan di mana kita diminta bersedia untuk berhadapan dengan hari tersebut selepas kita mati nanti.
Konarlah kok mana pun, Eric See telah tersasul jauh dan telah terjererumus dalam bab mempermainkan kalimah al Quran samada secara sengaja atau tidak sengaja akibat kebencian yang melampau lampau kepada PMX. Tugas umat Islam ialah mengecamnya, bukan membela kedurjanaannya.

No comments:
Post a Comment