Kalau ada satu kekuatan PMX yang semakin sukar dinafikan, ia adalah diplomasi antarabangsa. Dalam kalangan pemimpin politik Malaysia hari ini, Anwar memang mempunyai jaringan dan akses antarabangsa yang luas — dan kali ini kita nampak bagaimana hubungan itu boleh diterjemahkan menjadi peluang untuk negara.
Bila Bahrain berdepan keadaan yang menyebabkan Grand Prix mereka tidak dapat berlangsung di sana, Malaysia pantas masuk menawarkan Sepang. Anwar sendiri mengadakan perbincangan dengan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman bin Hamad Al Khalifa, serta Presiden dan CEO Formula 1, Stefano Domenicali.
Hasilnya, selepas sembilan tahun, Formula 1 kembali ke Sepang.
Tetapi kali ini ceritanya lain.
Malaysia bukan masuk dengan membayar yuran hak penganjuran sekitar US$70 juta hingga US$80 juta — kira-kira RM300 juta.
Bahrain yang tanggung yuran itu.
Malaysia pula berkongsi kos persediaan tempatan dengan Bahrain bagi memastikan Sepang memenuhi keperluan F1. Anggaran keseluruhan kos persediaan sekitar RM40 juta dan jumlah itu dikongsi kedua-dua pihak.
Di sinilah menariknya nilai diplomasi.
Kita dapat F1 kembali ke Sepang, tetapi tidak masuk melalui pintu biasa yang memerlukan negara mengeluarkan ratusan juta ringgit untuk mendapatkan hak penganjuran.
Memang hasil jualan tiket pergi kepada Bahrain kerana mereka pemegang hak dan menanggung yuran tersebut. Tetapi Malaysia mengejar bahagian lain yang lebih luas — limpahan ekonomi apabila puluhan ribu manusia datang ke negara kita.
Mereka perlu tidur di hotel. Mereka makan di restoran. Mereka naik pengangkutan. Mereka membeli-belah. Mereka melancong dan berbelanja di Malaysia.
Mudah cerita, jangan tengok F1 sekadar kereta berpusing di Sepang.
Tengok bagaimana deal itu dibuat.
Bahrain perlukan tempat. Malaysia ada Sepang. PMX ada hubungan dan akses untuk membuka rundingan. Bahrain tanggung yuran hak sekitar RM300 juta, sementara Malaysia mendapat peluang mengambil limpahan pelancongan dan aktiviti ekonomi daripada acara bertaraf dunia.
Formula 1 akhirnya kembali selepas sembilan tahun.
Tetapi cerita yang lebih menarik bukan sekadar F1 kembali.
Cerita sebenarnya ialah bagaimana diplomasi antarabangsa boleh ditukar menjadi peluang ekonomi untuk Malaysia.
#AhmadMursi

No comments:
Post a Comment