Bila menuduh kerajaan batalkan projek KKDW di sabah dan sarawak. Cerita sebenarnya begini


Norman Daud








 Semalam timbalan setuausaha agong parti keadilan keluar kenyataan meminta pihak UMNO supaya jangan pusing fakta dengan menuduh kerajaan batalkan projek KKDW di sabah dan sarawak.

Cerita sebenarnya begini
Pada 10 sept 2026 baru baru ini, MOF arahkan KKDW menangguhkan pengeluaran SST baharu bagi projek jalan luar bandar kerana komitmen sedia ada belum selesai sepenuhnya.
SST ni bukan tax tu tapi surat setuju terima.
MOF menjelaskan bahawa ia adalah arahan penangguhan pengeluaran Surat Setuju Terima (SST) baharu, bukannya pembatalan kepada SST yang sedia ada.
Punca kepada isu ini ialah KKDW dah terlalu overspending sejak 2023.
Tahun 2023: Peruntukan asal RM1.09 bilion - KKDW berbelanja RM1.84 bilion.
Tahun 2024: Peruntukan asal RM1.32 bilion - KKDW berbelanja RM2.00 bilion.
Tahun 2025: Peruntukan asal RM1.57 bilion - KKDW berbelanja RM2.27 bilion.
Peruntukkan asal 2023-2025 = RM3.98bilion
Perbelanjaan sebenar KKDW=RM6.11 bilion
Beza / Lebihan Belanja=Lebih RM2.1 bilion.
KKDW menggunakan mekanisme dalaman Notice of Change (NOC) dengan mengagihkan semula peruntukan pembangunan sedia ada daripada projek lain (termasuk dari Sabah dan Sarawak) untuk menampung perbelanjaan jalan luar bandar.
Dan kesan negatifnya, Walaupun peruntukan dipinda melalui NOC (menaikkan jumlah kepada kira-kira RM6.11 bilion), ia tetap tidak mencukupi untuk menampung keseluruhan SST yang dikeluarkan, lantas mencetuskan tunggakan dan kelewatan bayaran kepada kontraktor.
Jadi ini menyebabkan kerajaan terpaksa Menaikkan peruntukan JALB kepada RM2.11 bilion (2026) dan RM2.27 bilion (2027).
Malah pada tahun ni kerajaan meluluskan RM500juta menerusi 'Surat Kebenaran Berbelanja Melebihi Peruntukan' (khas daripada MOF untuk KKDW)
Tujuan SST ni ditangguhkan supaya mengelakkan SST dikeluarkan melebihi had peruntukan yang akan menyebabkan lebih banyak kontrak dianugerahkan tetapi bayaran projek tertunggak yang sekaligus akan kelihatan seperti menzalimi kontraktor.
Tiada guna jika terus mengumumkan projek baharu secara berterusan sekiranya isu bayaran projek lama masih gagal diselesaikan.
Jadi langkah menangguhkan SST baharu adalah wajar bagi mengawal pertambahan komitmen kewangan sementara tunggakan diselesaikan.
Kewangan negara ini adalah amanah rakyat. Ia perlu diurus dengan disiplin, perancangan dan tanggungjawab.
Jangan kerana mahu kelihatan banyak membuat projek, akhirnya kita mewariskan beban kewangan dan tunggakan kepada kerajaan serta rakyat pada masa hadapan.








No comments: