TUJUAN DIA SUPAYA PAS DENGAR PULAK APA KATA UMNO.PH TAK PAYAH TERLIBAT.

 


Pakatan Harapan (PH) tidak mengambil hati dengan keputusan UMNO yang tidak menjemput gabungan itu ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026, yang dijadualkan berlangsung Rabu hingga Ahad ini.






Namun, Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan mengapa PH sebagai sekutu dalam Kerajaan Perpaduan tidak dijemput, sedangkan Pas yang merupakan parti lawan pula menerima undangan.


“Saya pun tidak tahu apa niat dia (UMNO), apa yang ada dalam hati dia kan, dia tidak jemput sebab itu perhimpunan dia kan, jadi jemputan atas atas dialah, hendak jemput atau tidak. Saya tidak tahu kenapa dia tidak jemput PH dan kenapa dia jemput orang lain (Pas).


“Saya pun tidak nak memaksa mereka nak menjelaskan perkara ini kepada kita dan sebagainya. Itu terpulang kepada kepada kepada mereka. Itu soal urusan parti mereka,” katanya kepada portal berita itu.


Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata PH tidak dijemput ke PAU 2026. Jemputan kepada Pas pula dibuat sebagai membalas undangan ke Muktamar Pas Ke-72 di Kota Bharu, Kelantan, hujung minggu lalu.


Dalam masa sama, Mahfuz menegaskan PH tetap membuat persediaan awal bagi menghadapi pelbagai kemungkinan, termasuk soal kerjasama menghadapi PRN Melaka dan PRU16.


“Kami pun bersedia dari awal bekerjasama dan sebagainya, tapi terpulanglah kalau kalau dia rasa dia sudah tidak perlu ada kerjasama dengan PH, itu terpulanglah kepada dia apa yang harus dia lakukan.


“Dia tidak boleh berada dalam satu rumah, tapi dalam masa yang sama, berkawan pula dengan orang yang hendak meruntuhkan rumah tersebut,” katanya.


Sumber: Utusan Malaysia


#mahfuzomar #PartiAmanahNegara #PakatanHarapan #UMNOMalaysia #perhimpunanagungumno2026 #PerhimpunanAgungUMNO #ZahidHamidi #KerajaanPerpaduan




No comments: