Che Ibrahim
BETULKAH PENGAMPUNAN NAJIB AMAT BERMAKNA BUAT SELURUH RAKYAT MALAYSIA?
Ambo tak terkejut kalau UMNO lega dan gembira dengan pengampunan Najib, tapi bila Pas pun turut gembira bahkan menganggap amat bermakna buat semua rakyat Malaysia, ambo jadi terpinga pinga sebentar, betul ke atau sekadar satu ejekan??
Selain mendapat pengampunan "Tahanan Rumah" sehingga tamat tempoh pemenjaraan pada 23 Ogos 2028 dengan syarat membayar denda sebanyak RM50 juta seperti pengampunan terdahulu, rakyat dan seluruh dunia masih tertanya tanya apa mekanisma Tahanan Rumah tersebut.
Selain itu juga, Najib masih berdepan dengan beberapa hukuman/tuntutan lain, iaitu:
1. Penjara 15 tahun dan denda rm11.38 billion bagi kes 1MDB.
2. Gantirugi sebanyak rm5.25b kepada SRC.
3. Tunggakan cukai LHDN sebanyak rm1.69b.
4. Tuntutan gantirugi oleh 1MDB yang belum diputuskan oleh mahkamah.
Rosmah pula berdepan dengan hukuman penjara 10 tahun dan denda rm970 juta, selain perintah membayar harga barang kemas kepada satu syarikat Lubnan bernilai rm67.48 juta.
Manakala anaknya Nazifudin berdepan dengan tuntutan tunggakan cukai dengan LHDN sebanyak rm36.7 juta.
Apa sikap sebenar rakyat?? .. adakah ianya juga amat bermakna bagi rakyat??


No comments:
Post a Comment