𝗕𝗔𝗖𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗘𝗠𝗕𝗔𝗚𝗔𝗔𝗡, 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗖𝗔 𝗣𝗢𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗝𝗔









Nampak sahaja Perkara 71, terus dibuat kesimpulan:


“𝗛𝗮𝗮… 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗞𝗨𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗟𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞 𝗖𝗔𝗠𝗣𝗨𝗥!”


Sedap bunyinya.


Senang dibuat poster.

Senang dikongsi.

Lagi besar tulisan “DILARANG”, lagi nampak meyakinkan.


Cuma ada satu masalah kecil…


𝗣𝗘𝗥𝗟𝗘𝗠𝗕𝗔𝗚𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗞𝗨𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗞 𝗞𝗔𝗧𝗔 𝗕𝗘𝗚𝗜𝗧𝗨.


Apa sebenarnya Perkara 71?


𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔,


Perkara 71(1) menjamin hak Raja sesuatu Negeri menurut Perlembagaan Negeri.


Jika berlaku pertikaian mengenai 𝗵𝗮𝗸 𝗻𝗮𝗶𝗸 𝘁𝗮𝗸𝗵𝘁𝗮, pertikaian itu hendaklah diputuskan oleh pihak berkuasa dan mengikut cara yang diperuntukkan oleh 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗲𝗺𝗯𝗮𝗴𝗮𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶.


Mudah cerita:


Kalau Perlembagaan Negeri menetapkan A yang mempunyai kuasa membuat keputusan, janganlah B, C atau D tiba-tiba duduk di kerusi A dan membuat keputusan bagi pihaknya.


𝗞𝗘𝗗𝗨𝗔,


Bagi Negeri Sembilan, Perkara 71(2) memperluaskan perlindungan tersebut, dengan ubah suaian yang perlu, kepada 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗠𝗲𝗺𝗲𝗿𝗶𝗻𝘁𝗮𝗵.


Tetapi jangan berhenti membaca di situ.


Sebab selepas Fasal (1) dan (2), masih ada 𝗙𝗮𝘀𝗮𝗹 (𝟯).


Perkara 71(3) sendiri menyediakan mekanisme melalui Parlimen dalam keadaan tertentu apabila sesuatu peruntukan Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Negeri lazimnya tidak diendahkan.


Jadi macam mana pula boleh lahir slogan bahawa Persekutuan “langsung dilarang masuk campur”?


𝗕𝗔𝗖𝗔𝗔𝗡 𝗜𝗧𝗨 𝗧𝗘𝗥𝗟𝗔𝗟𝗨 𝗨𝗠𝗨𝗠.


Dan kalau kita teruskan membaca Perlembagaan, hubungan Persekutuan dengan Negeri memang mempunyai satu bahagian khusus — 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗩𝗜: 𝗣𝗲𝗿𝗵𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗔𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶-𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶.


Antaranya:


𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗥𝗔 𝟳𝟱


Jika undang-undang Negeri tidak selaras dengan undang-undang Persekutuan yang sah, undang-undang Persekutuan mengatasi setakat ketidakselarasan tersebut.


𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗥𝗔 𝟳𝟲


Parlimen dalam keadaan tertentu boleh membuat undang-undang mengenai perkara yang berada dalam Senarai Negeri — misalnya bagi melaksanakan triti antarabangsa, menggalakkan keseragaman undang-undang antara Negeri, atau apabila diminta oleh Dewan Undangan Negeri.


Kuasa ini juga mempunyai syarat dan batasnya. Bukan lesen kosong untuk Persekutuan mengambil alih semua kuasa Negeri.


𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗥𝗔 𝟴𝟬


Perlembagaan sendiri mengatur pembahagian kuasa eksekutif antara Persekutuan dengan Negeri.


𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗥𝗔 𝟴𝟭


Negeri pula mempunyai obligasi tertentu kepada Persekutuan, termasuk memastikan kuasa eksekutif Negeri dilaksanakan supaya undang-undang Persekutuan yang terpakai dipatuhi dan tidak menghalang pelaksanaan kuasa eksekutif Persekutuan.


Belum habis.


Bahagian VI sendiri mempunyai bab yang dinamakan:


𝗧𝗜𝗡𝗝𝗔𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗞𝗨𝗧𝗨𝗔𝗡, 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗞𝗨𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗜𝗞𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗞𝗨𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗘𝗡𝗔𝗜 𝗞𝗘𝗚𝗜𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜.


Di bawahnya terdapat Perkara 93, 94 dan 95.


Jadi jelaslah satu perkara:


𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗘𝗠𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗨𝗡𝗬𝗔𝗜 𝗕𝗜𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔𝗡𝗬𝗔.


𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗞𝗨𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗝𝗨𝗚𝗔 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗨𝗡𝗬𝗔𝗜 𝗕𝗜𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔𝗡𝗬𝗔.


Dan Perlembagaan menentukan bagaimana kedua-duanya berhubung.


Sebab itu persoalannya bukan:


“Boleh atau tidak Persekutuan masuk campur?”


Soalan yang lebih tepat ialah:


“𝗔𝗣𝗔 𝗧𝗜𝗡𝗗𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗞𝗨𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗠𝗔𝗞𝗦𝗨𝗗𝗞𝗔𝗡, 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗗𝗔𝗞𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗘𝗠𝗕𝗔𝗚𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗧𝗜𝗡𝗗𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗜𝗧𝗨?”


Itu baru soalan undang-undang yang betul.


Dalam soal pertikaian hak menaiki takhta pula, Perkara 71(1) jelas memberikan tempat yang khusus kepada pihak berkuasa dan tatacara yang ditentukan oleh Perlembagaan Negeri. Bagi Pembesar Memerintah Negeri Sembilan, Perkara 71(2) turut terpakai dengan ubah suaian yang perlu.


Jadi jangan pula dipusing menjadi:


“Persekutuan boleh tentukan siapa Raja.”


Itu pun bukan maksudnya.


𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗞𝗨𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗔𝗗𝗔 𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔.

𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗔𝗗𝗔 𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔.

𝗦𝗘𝗠𝗣𝗔𝗗𝗔𝗡𝗡𝗬𝗔 𝗗𝗜𝗧𝗘𝗡𝗧𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗘𝗠𝗕𝗔𝗚𝗔𝗔𝗡.


Bukan ditentukan oleh poster.


Jadi sebelum tampal besar-besar:


“𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗞𝗨𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗟𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞 𝗖𝗔𝗠𝗣𝗨𝗥”


…bacalah Perlembagaan sampai habis.


Jangan baca Fasal (1) dan (2), kemudian sampai Fasal (3) mata tiba-tiba kabur.


Lepas itu Bahagian VI terus tak buka.


𝗣𝗘𝗥𝗟𝗘𝗠𝗕𝗔𝗚𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗢𝗦𝗧𝗘𝗥.


Satu ayat yang sedap dijadikan slogan belum tentu membawa maksud undang-undang yang sama.


Mohd Asri M. Jamil




No comments: