π—¦π—˜π—Ÿπ—˜π—£π—”π—¦ 𝗣𝗔𝗦 π—–π—˜π—₯π—”π—œπ—žπ—”π—‘, π—œπ—‘π—œ π—–π—˜π—₯π—œπ—§π—” π——π—œπ—¦π—˜π—•π—”π—Ÿπ—œπ—ž π—§π—”π—•π—œπ—₯ π——π—œ π—£π—œπ—›π—”π—ž π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗧𝗨

 

1. Lepas PAS “ceraikan” BERSATU, kini mereka berkelahi pula siapa sebenarnya pemilik Perikatan Nasional.
2. Semalam, 14 MP BERSATU yang bersama Hamzah atau kumpulan “Reset” mengeluarkan kenyataan bersama mendesak supaya BERSATU keluar daripada PN.
3. Page rasmi PN pula menyindir BERSATU, kononnya mereka bukan “tuan rumah”.
4. Sesama Melayu-Muslim pun bergaduh tikam-menikam. Ini contoh, kelemahan sesama Melayu, tapi akhirnya salahkan kaum lain.
5. Saya membaca kenyataan pimpinan BERSATU (Marzuki) bahawa PAS meletakkan tiga syarat jika BERSATU mahu memulihkan hubungan.
6. Tetapi syarat itu terang-terang bukan untuk menyelamatkan hubungan. Ia lebih kelihatan seperti syarat yang sengaja direka supaya BERSATU tidak mampu penuhi.
7. Apabila BERSATU gagal memenuhi syarat itu, PAS boleh jadikan ia alasan untuk “menceraikan” BERSATU sambil menuduh BERSATU menolak Perpaduan Ummah.
8. 6 Jun PAS hantar syarat, 7 Jun BERSATU kata akan teliti dan buat keputusan, 8 Jun PAS isytihar cerai.
9. Antara syaratnya, BERSATU mesti menerima semula kumpulan Hamzah.
10. Menariknya, ketika AMANAH ditubuhkan dahulu, Haji Hadi pernah ditanya sama ada PAS boleh bekerjasama dengan AMANAH atau tidak.
11. Jawapan beliau cukup keras. Di sisi Islam, katanya, kumpulan seperti AMANAH sama ada perlu “bertaubat” dengan kembali kepada PAS, atau dihapuskan.
12. Tetapi apabila perkara sama berlaku kepada BERSATU, tiba-tiba PAS menjadi juara perdamaian. Tiba-tiba pihak yang enggan menerima kumpulan lawan dituduh menolak Perpaduan Ummah.
13. Inilah wajah sebenar politik PAS. Prinsip berubah mengikut siapa yang terkena.
14. Dari awal lagi, antara punca perpecahan BERSATU ialah apabila PAS mula campur tangan dalam hal dalaman parti itu. PAS mencatur orang tertentu untuk mengatasi kepimpinan utama BERSATU.
15. Hal yang sama pernah berlaku semasa era Kerajaan Tebuk Atap. UMNO berpecah apabila PAS-PN berunding dan bentuk kerajaan dengan kumpulan tertentu dan menyisihkan kepimpinan utama UMNO melalui pintu belakang.
16. Alasan waktu itu ialah Zahid ada kes mahkamah. Tetapi hari ini, prinsip itu sudah berubah kerana PAS terlalu terdesak untuk kembali bekerjasama dengan UMNO.
17. Tapi saya yakin, jika PAS kembali rapat dengan UMNO, corak yang sama akan berulang.
18. PAS akan masuk campur dalam hal dalaman UMNO bersama kumpulan tertentu, mungkin Team Hishammuddin, untuk menyisihkan kumpulan Zahid. Akhirnya, UMNO akan berpecah sekali lagi.
19. Sebab itu, masalah utama PAS bukan sekadar kahwin cerai politik.
20. Masalah utama PAS ialah mereka masuk rumah orang, susun perabot orang, kemudian apabila rumah itu runtuh, mereka salahkan tuan rumah guna alasan agama.



No comments: