"PAS berkata mereka mahu memastikan Johor ditadbir oleh Melayu Islam.
Persoalannya, selama ini Johor ditadbir oleh siapa? Menteri Besar Johor sejak dahulu majoritinya orang Melayu beragama Islam. Malah, Ketua Negeri Johor ialah Sultan Johor yang juga seorang Melayu dan beragama Islam.
Jadi, naratif kononnya Johor perlu 'diselamatkan' untuk ditadbir Melayu Islam tidak selari dengan realiti yang sudah wujud.
Apa yang rakyat perlukan bukan slogan agama semata-mata, tetapi pentadbiran yang berintegriti, ekonomi yang kukuh, peluang pekerjaan, dan kebajikan rakyat yang terjamin.
PAS juga perlu menerima hakikat bahawa Islam bukan milik mana-mana parti politik. Sejarah politik negara turut merekodkan bahawa pernah wujud amalan mudah melabel atau mengkafirkan pihak yang berbeza fahaman politik, sehingga menimbulkan perpecahan dalam masyarakat.
Sejarah itu wajar dijadikan pengajaran agar politik hari ini lebih matang dan tidak menjadikan agama sebagai alat politik untuk memecah-belahkan rakyat."
#CabaiGiling

No comments:
Post a Comment