RUU 355 DISAMBUG ? TIDAK....Usaha Perkasa Mahkamah Syariah Tak Ancam Hak Agama Lain – PM Anwar

 




Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis perasmian Konvensyen Peguam Syarie 2026 di Putrajaya pada 27 Jun 2026. Foto PMO

PUTRAJAYA, 27 Jun – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, sebarang usaha memperkasa institusi Mahkamah Syariah termasuk cadangan penambahbaikan terhadap Per­kara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan tidak pernah menjejaskan hak penganut agama lain.

Perdana Menteri berkata, matlamat utama pindaan berkenaan sejak ia diperkenalkan pada akhir 1980-an adalah bagi mengukuhkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam hal ehwal berkaitan umat Islam, tanpa mengganggu urusan agama bukan Islam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis perasmian Konvensyen Peguam Syarie 2026 di Putrajaya pada 27 Jun 2026. Foto PMO

“Kita tidak sama sekali mahu melanggar hak bukan Islam. Apa yang kita hendak tegakkan ialah keadilan dan tidak menafikan hak bukan Islam dalam urusan agama mereka.

“Mahkamah sivil tidak ada hak untuk mengganggu urusan Mahkamah Syariah mengenai hukum Islam dan masyarakat Islam. Bagi saya, itu sangat adil,” kata­nya berucap pada majlis perasmian Konvensyen Peguam Syarie 2026 di sini, semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis perasmian Konvensyen Peguam Syarie 2026 di Putrajaya pada 27 Jun 2026. Foto PMO

Katanya, beliau sendiri pernah memberi jaminan kepada pemimpin bukan Islam ketika pindaan Perkara 121(1A) dibawa supaya ia tidak disalah tafsir sebagai usaha menjejaskan hak masyarakat bukan Islam.

Anwar berkata, beliau menolak dakwaan kononnya kerajaan Perpaduan mengabaikan agenda memperkasa institusi Islam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis perasmian Konvensyen Peguam Syarie 2026 di Putrajaya pada 27 Jun 2026. Foto PMO

Ini kerana katanya, setiap cadangan berkaitan Mahkamah Syariah yang dibawa ke Jemaah Menteri diberikan pertimbangan sewajarnya tanpa dibantah oleh menteri bukan Islam.

“Sepanjang lebih tiga tahun saya menjadi Perdana Menteri, belum ada satu pun cadangan berkaitan penambahan peruntukan atau kedudukan Mahkamah Syariah yang dibantah oleh mana-mana menteri, termasuk menteri bukan Melayu,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis perasmian Konvensyen Peguam Syarie 2026 di Putrajaya pada 27 Jun 2026. Foto PMO

Pada masa sama, katanya, bagi memperkasakan institusi kehakiman syariah, beliau mencadangkan satu sesi perbincangan khas diadakan melibatkan Peguam Negara, Ketua Hakim Negara, ketua-ketua hakim Mahkamah Syariah serta wakil Persatuan Peguam Syarie Malaysia.

“Sesi ini penting bagi membolehkan kerajaan meneliti cadangan yang dikemukakan oleh pengamal undang-undang syariah dalam meningkatkan ke­­upayaan serta martabat Mahkamah Syariah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis perasmian Konvensyen Peguam Syarie 2026 di Putrajaya pada 27 Jun 2026. Foto PMO

“Pandangan-pandangan yang dirasakan perlu dan harus diberi perhatian, saya akan beri ke­utamaan,” katanya.

Kerajaan turut menyediakan peruntukan sebanyak RM1.5 juta kepada Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) bagi membantu golongan kurang berkemam­puan mendapatkan representasi guaman serta pembelaan hak di mah­kamah syariah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis perasmian Konvensyen Peguam Syarie 2026 di Putrajaya pada 27 Jun 2026. Foto PMO


No comments: