Nik Hasyudeen
Mengapa saya tak baca laporan tempatan berkenaan Perang Iran
Media tempatan tak ada wakil mereka dI Iran atau lain-lain negara yang terlibat dengan Perang Iran. Jadi, mereka kena bergantung dengan sumber berbayar.
Itulah sebabnya apabila membaca laporan di media tempatan, bunyinya tak berbeza sangat dengan CNN, BBC dan lain-lain media yang dikawal oleh golongan Epstein. Buat apa saya baca, kan?
Sebaliknya ada pelbagai sumber bebas di X, YT dan lain-lain media sosial. Yang ni pun tak boleh diterima bulat-bulat. Kita kena kaji latar belakang pemilik akaun, sumber mereka dan ketepatan laporan-laporan mereka jika dibandingkan dengan apa yang sebenarnya berlaku.
Apa yang saya gariskan di atas adalah proses tabayyun, seperti yang Allah suruh. Kita tak boleh terima sahaja apa yang orang lain tulis atau lapor. Bila tabayyun diabaikan, kita mudah berbalah dengan pelbagai laporan dan naratif batil.
Sekarang ni ramai orang ambil upah untuk bina persepsi seperti yang dikehendaki oleh tuan-tuan mereka. Bila dah masyukkk, salak sahajalah. Jika kita tak berhati-hati, salakan tu akan kita terima sebagai lagu yang merdu.
Reputasi Amerika-Israel serta lain-lain puak Epstein sudah tercalar dan mula dibenci oleh anak-anak muda di seluruh dunia. Jadi, mereka kena cuba bina kembali imej mereka walaupun perangai mereka buruk. Itulah sebabnya media-media antarabangsa dikawal oleh golongan Epstein ini.
Rajin-rajinlah mencari sumber-sumber yang lebih tepat. Kadang kali, yang tepat dan benar ini tidak kena dengan emosi kita. Namun, itulah hakikatnya.
Lainlah jika apa yang dicari ialah "pembenaran", bukannya kebenaran.
#belajardariperang
#takapajujur
#mindastrategik

No comments:
Post a Comment