SALAHGUNA KUASA....NAYA PENJAWAT AWAM..,

 


Perlis Permai



Kerajaan Perlis Buat Laporan Polis, Aktivis Politik 'Bikin Kacau' 






Kangar: Kerajaan negeri bertindak membuat laporan polis berhubung tindakan seorang aktivis politik mendedahkan dokumen yang didakwa sebagai cadangan pertukaran dalam kalangan penjawat awam negeri. 


Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah , berkata laporan itu dibuat Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perlis baru-baru ini. 


Katanya, tindakan itu terpaksa diambil bagi menafikan bahawa dokumen yang tular berkenaan dikeluarkan jabatan terbabit. 


"Laporan polis itu dibuat bagi menafikan tularnya dokumen itu adalah melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat SUK Perlis," katanya pada sidang media di Kompleks Seri Putra, di sini, semalam. 


Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya menganggap isu pertukaran dalam kalangan penjawat awam di negeri ini sebagai proses biasa dalam urusan pentadbiran. 


Beliau bagaimanapun, mengesahkan kerajaan negeri sememangnya ada mengemukakan beberapa cadangan pertukaran pegawai, namun ia dibuat berdasarkan keperluan semasa. 


"Kita memang ada cadang beberapa pertukaran (jawatan) bagi tempat yang kita rasa perlu. Tapi ia bukan dibuat keseluruhan seperti mana yang ditularkan. 


"Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) sendiri juga akan menilai (cadangan pertukaran berkenaan)," katanya. 


Beliau berkata demikian bagi mengulas pendedahan seorang aktivis politik yang memuat naik beberapa salinan dokumen pertukaran penjawat awam di Perlis menerusi laman sosialnya. 


Menerusi hantaran berkenaan, aktivis terbabit mendakwa kerajaan negeri bertindak agresif bagi menukarkan penjawat awam keluar dari Perlis, yang dikatakan turut membabitkan penjawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). 


Gambar : ABU Bakar Hamzah bercakap kepada pemberita pada sidang media di Kompleks Seri Putra, Kangar, Perlis.

.

Artikel Penuh Di Ruangan Komen 🔽

.

Sumber : Harian Metro

.

Teruskan Bersama @PerlisPermai Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.

.

#PerlisPermai

#VisitPerlis

#VisitPerlis2026

#FBLifeStyleLife

#TahunMelawatPerlis





No comments: