TEORI SI BADIGOL...DULU NGAKU AYAM DIA CARI..

 


RUPA-RUPANYA MINYAK MALAYSIA TAK LALU MELALUI SELAT HORMUZ.. KEPADA YANG PAKAR TOLONG BAGI PENCERAHAN ADAKAH BERITA INI BETUL?? 






KUALA TERENGGANU, 10 Apr - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Dr Azman Ibrahim mempertahankan kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenaikan harga minyak di negara ini yang disifatkan tidak sepatutnya berlaku. 


Beliau yang juga Exco Pertanian Negeri Terengganu berkata Malaysia mempunyai sumber petroleum sendiri, sekali gus mempersoalkan kebergantungan kepada faktor luar dalam penentuan harga bahan api.


"Di Perairan Terengganu terdapat kira-kira 120 buah pelantar minyak yang sedang beroperasi. Minyak mentah dari pelantar akan disalur ke Loji Penapisan Minyak Petronas Kerteh samada melalui saluran paip dasar laut atau kapal tangki. 


"Di Loji Kerteh ini minyak mentah diproses menjadi pelbagai produk petroleum untuk kegunaan negara kita.


“Kenapa nak tunggu kapal tangki lepas lalu Selat Hormuz baru nak turunkan harga minyak? Saya ulang! Minyak kita tak lalu Selat Hormuz!” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.


Terdahulu, Abdul Hadi turut mempersoalkan kenaikan harga minyak di Semenanjung dengan menegaskan Malaysia tidak terlibat dalam sekatan antarabangsa terhadap Iran di Selat Hormuz. 


Kredit foto: FB Dr Azman Ibrahim


#krisisminyakmalaysia #hargaminyakmalaysia #minyaktimurtengah #krisisekonomii #selathormuzz #contentmonetizationn #fbprofollowersemuaorang #fbprofypjangkauansemuaorang




No comments: