Harini PDRM Kedah dah mula panggil 2 pelajar (untuk disiasat) yang didakwa membuli pelajar yang mengadu pada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang viral semalam.
Mengikut mangsa yang melaporkan secara spontan menyebut:
“Bawa pisau juga? Depa (mereka) sorok dalam beg? Pisau ke kayu? Depa katok (pukul) abang dekat mana? Keluar pagar sekolah depa buat?”
Kes buli melibatkan seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Labu Besar, di Kulim, Kedah mendapat perhatian serius Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Kedah selepas aduan dibuat secara terus oleh keluarga mangsa ketika pertemuan empat mata baru-baru ini.
Mengikut sumber, kes buli di Kedah meningkat serius hingga ke 43 kes tahun 2025.
Tindakan Datuk Seri Saifuddin dan Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) dipuji netizen seluruh Negara di Tiktok Oh Malaysia Media yang mendapat 2 juta tontonan; https://vt.tiktok.com/ZSagr2gw5/
Keputusan Kabinet Madani telah umum untuk polis masuk terus ke sekolah bagi selesaikan masalah buli di Malaysia.
Terima kasih KDN dan PDRM kerana pastikan anak Kami semua selamat ke sekolah.
Jalan terus!! REFORM!

No comments:
Post a Comment