Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa partinya bersama BN akan terus kekal dalam kerajaan perpaduan dengan Pakatan Harapan (PH) sehingga tamat penggal kali ini.
Katanya, ia antara perkara yang dibincangkan pada mesyuarat Biro Politik malam semalam.
Turut dibincangkan adalah gesaan daripada ketua pemuda parti itu, Dr Muhamad Akmal Saleh pada Sabtu lalu supaya Umno menarik diri daripada kerajaan perpaduan dan menjadi pembangkang.
"Saya mempunyai pendirian daripada awal, parti juga mempunyai pendirian daripada awal bahawa kita tidak akan pernah melakukan tebuk atap kepada kerajaan yang ada sekarang ini."
Berita penuh: https://mk.my/8IjdHdW

No comments:
Post a Comment