JKOM JAWAB LAH BAB INI

 

– Oleh Datuk Ahmad Farhan Fauzi, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri


Polemik Isu Peletakan Bunga Di Makam Mustafa Kemal Ataturk, Ini Penjelasan Pegawai PM

Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghormati Mustafa Kemal Ataturk bukan bermaksud mengangkat keseluruhan ideologi atau sejarah secara mutlak. Foto PMO

PENDAPAT, 8 Jan – Berhubung istiadat peletakan kalungan bunga di Anıtkabir yang menempatkan makam Mustafa Kemal Atatürk, penting untuk kita fahami perkara ini dalam kerangka diplomasi negara dan sensitiviti budaya.

Dalam diplomasi, menghormati simbol negara sahabat bukan soal bersetuju dengan sejarahnya tetapi tanda kematangan kita sebagai sebuah negara berdaulat di pentas antarabangsa.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi (kanan) menjelaskan isu peletakan kalungan bunga oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di makam Mustafa Kemal Ataturk di Anitkabir, Turkiye pada 7 Januari 2026. Foto Farhan Fauzi

Mustafa Kemal Atatürk adalah tokoh pembinaan negara bagi rakyat Türkiye. Rakyat mereka sanjung akan sumbang bakti beliau.

Justeru, menghormati beliau dalam lawatan rasmi negara bukan bermaksud mengangkat keseluruhan ideologi atau sejarah secara mutlak.

Akan tetapi satu isyarat penghormatan terhadap identiti, sejarah dan simbol kenegaraan sahabat diplomatik kita.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut meletakkan kalungan bunga di makam Mustafa Kemal Ataturk di Anitkabir pada 25 Julai 2019 ketika lawatan rasmi ke Turkiye. Foto Berita Harian

Dalam hubungan antarabangsa, kita menghormati apa yang dimuliakan oleh rakyat setempat. Sama seperti kita menghargai apabila pemimpin asing menghormati Yang di-Pertuan Agong, Tugu Negara, atau tokoh-tokoh penting sejarah Malaysia tanpa mencampuradukkan perbezaan latar budaya dan tafsiran sejarah mereka.

Lantaran itu, diplomasi yang matang menuntut kebijaksanaan dengan berpegang teguh pada prinsip sendiri, sambil menghormati budaya dan sejarah pihak lain selagimana tidak melanggar batas syarak dan akidah kita.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi penghormatan meletakkan kalungan bunga di makam tokoh agung Turkiye, Mustafa Kemal Ataturk di Anitkabir sempena lawatan rasmi ke Ankara pada 7 Januari 2026. Foto PMO

Inilah pendekatan yang membuka ruang kerjasama, membina kepercayaan dan menjaga maruah negara di pentas dunia.



No comments: